“Lain kali jangan suka-suka hati ambil anak aku, terus aku nangis, aku nenek tapi aku tak boleh nak sentuh cucu aku sendiri”

Oleh DAHLIA MARZUKI

Assalamualaikum. Tak tahu nak bermula dari mana dan bagaimana.

Secara ringkasnya hanya seorang ibu kepada 3 orang anak lelaki yang telah beristeri dan seorang anak perempuan yang masih single.

Berkelulusan setakat diploma, pernah bekerja di area selangor dan semakin meningkat usia terasa letih dan berhenti bekerja.

Seorang ibu tunggal. Itu serba ringkas pengenalan diri. Lupa nak mention mempunyai 2 cucu perempuan dan 4 cucu lelaki yang comel-comel.

Anak lelaki semua bekerjaya manakala menantu cuma seorang suri rumah.

"Lain kali jangan suka-suka hati ambil anak aku, terus aku nangis, aku nenek tapi aku tak boleh nak sentuh cucu aku sendiri"

Memandangkan hanya mempunyai seorang anak perempuan terasa teruja sangat bila seorang demi seorang menantu perempuan yang masuk kehidupanku.

Sedaya upaya cuba untuk menjadi mertua yang open minded dan menganggap menantu seperti kawan. Dari situ lah bermula punca masalah dalam kehidupan.

Betul kita tidak sempurna mungkin ada juga kelakuan yang membuat menantu terasa cuma sampai kesaat ini terus berfikir apa puncanya.

Bab rumahtangga anak-anak memanglah sesekali campurtangan bila mereka ada masalah. Cumanya tak pernah menyebelahi anak-anak.

Seringkali menasihati anak-anak lelaki supaya pandai mengendali rumahtangga dan jadikan tauladan kehidupan mereka dulu tanpa seorang ayah selepas kami berceraai dan aku juga tidak mahu menantu-menantu mengalami apa yang aku lalui dulu

Salah seorang menantu tinggal bersama. Tapi biasalah budak-budak sekarang lepas solat subuh tidur semula . Tapi aku tak pernah membebel pun even seluar kecik pun aku tolong jemurkan. Sampai satu hari menantu ni tiba-tiba berubah 360 darjah.

Dah tak campak baju kotor suami isteri dalam mesin maksudnya basuh asing2, tidak bercakap dan lebih banyak menghabiskan masa dalam bilik.

Tahan tak makan tengahari atau sarapan. Sekali tu basuh baju suami dia,dia punya marah …minta maaf maybe dari segi penceritaan tidak mampu untuk gambarkan situasi yg berlaku.

Sampai satu hari aku cuba bertanya pada anak lelaki kenapa isterinya tak mahu berbual atau tengok tv bersama sebab sebelum ni memang kami sangat rapat jadi itu menimbulkan seribu pertanyaan samada aku ada buat dia tak selesa atau berkecil hati.

Mungkin cara anak aku bersemuka dengan isteri tidak betul sampai dia menganggap aku mengadu dan bila mereka bertengkar aku cuba leraikan sebab mereka di ruang tamu.

Tapi menantu menengking aku dan kata aku kuat mengadu dan semua sebab aku mereka bergduh. Macam tak percaya aku ditolak depan anak lelakiku.

Jadinya anak ni lagi jadi marah dan cuba angkat tangan pada isterinya. Alhamdulillah aku sempat tahan dan peluuk anakku kuat-kuat.

Sejak itu hubungan kami makin jauh. Sudah hampir 4 tahun peristiwa itu berlalu dan bila mereka ada seorang anak aku langsung tidak berpeluang untuk pegang cucuku. Kalau pun aku pegang dia akan ambik. Mereka sudah duduk rumah sendiri setelah setahun kami sebumbung.

Sesekali datang ziarah kalau salam pun dalam keterpaksaan dan dia akan buat hal dia. Dan aku pun dah malas nak berbual-bual sebab tiada sambutan dari pihak dia. Sampai kini setelah empat tahun berlalu cerita lama meletop lagi.

Bila dah bertambah anak ke2 ingat akan ada perubahan tapi rupanya dend4mnya masih ada. Mereka ada datang ziarah dan dia sibuk melayan anak sulung jadinya baby dia letak kat sofa jadi aku ni teruja sangat ambik baby dan dokong terus aku duduk sebelah anak lelaki aku.

Dia buat drama pura-pura mencari anaknya kononnya hilang. Alhamdulillah anakku menyebelahiku. Sambil aku cakap tak apalah pergi solat dulu biar mak jaga sikecik.

Aku ingat dia ok rupanya tidak. Bila aku berlalu dari anak ku sambil pegang baby rupanye dia sound aku…lain kali jangan main ambil macam tu je..sesukahati je nak ambil.

Masa tu airmata tiba2 mengalir sebab macam terkejut tapi masih boleh control perasaan.

Masa bawa baby yg dah berusia 2 bulan ke ruang depan dia terus datang dan ambil baby tu dari peganganku dan sound lagi… kau aku nak kasi tau kau.. sambil jaarinye tunjuk-tunjuk kat muka aku.

Aku tepis dan cakap kenapa kurang ajar guna kau aku ni. Dia cakap aku selalu jadi punca dia gduh dengan suami dia. Walhal aku dah malas dan tak pernah campurtangan pun lagi.

Aku tahu anakku tak dengar kami bertengkar sebab agak kelakarkan kami bertengkar suara tak kuat takut anak aku dengar dan dia pun takut suaminya dengar.

Malas nak layan aku masuk bilik tapi dia ketuk pintu bilikku lalu aku terus duduk depan tv dan dia sound lagi guna kau aku lagi..

Katanya kau jangan sesukahati nak pegang anakku tanpa izin dan masa ni aku pun menjawab kenapa perlu nak minta izin sedangkan tu anak mak punya anak maknanya cucu mak.

Aku pun tak tahu apa lagi yang dia cakap cumanya masa tu airmata laju je ngalir. Pun dia sound lagi kau saje menangis kan biar P (nama samaran anak lelaki) nampak.

Aku jawab ni naluri semulajadi seorang ibu then dia cakap begini… kau kena pandai kawal emosi kau. I was thinking at that time sapa mertua sape menantu.

Cuma aku mampu menjawab dia akan alami apa yang aku alami satu hari nanti.

Aku ambik kunci kereta tapi dalam kereta tiba2 aku menjerit kuat2 hingga jantung berdegup kencang dan kepala macam nak pecah dan terasa seluruh badan macam kesemutan. Mungkin banyak yang terpendam sebab dalam masa sama tak nak P tau my situation.

Aku tak nak anak2 berceraai berai kerana aku. Aku tak nak cucu membesar tanpa ibu tanpa bapa dan aku tak menantuku menjadi ibu tunggal.

Minta maaf maybe tak akan ada yang dapat menyelami my situation based on gaya penulisanku. Untuk diluar sana jangan asik mengecam mertua sebab ada je hati mertua yang terluuka, terlalu menjaga hati anak menantu

Anna. Kalau saya jadi puan, saya duduk bersemuka anak, menantu dan tanya terus terang apa yg menyebabkan punca dia jadi begitu..

mgkin ada salah faham ketika suami menegur dan guna nama mak..selagi tak bersemuka tentang mata bertiga terus takkan selesai masalah.

Semarah mana menantu tak patut berkurang ajar dgn mertua kena sekurangnya berckp baik2 ..kalau disimpan2 smpai maati pun takkan selesai masalah..bersemukalah..clear the air.

Shahida. Masyaallah… ni mertua baik ni… x blh mcm ty mak, mak kena tegas, panggil ank lelaki tu n panggil menantu awak tu… bg syarahan sikit kat depa, kalau perlu panggil mak ayah menantu sekali…. Kita org tua kena didik mrk , jgn biarkan jadi kurang ajar..

Sarah.. Kalau ikut cerita di zaman Nabi Ibrahim A S dah lama diminta anak lelakinya tukarkan saja daun pintu rumah..fahamkan maksudnya?
Menantu yg kurang ajar jangan disimpan

BACA: ‘Anak yang baru lahir tu bukan anak dengan suami’ Individu dedah cerita sebenar wanita dan 2 anak di LRT Setiawangsa