“Kemungkinan di bawah jalan tersebut terdapat longkang besar yang strukturnya perlu melalui proses pembaikan.
“MPS telah menutup sementara jalan tersebut bagi tujuan siasatan sebelum tindakan lanjut dilakukan,
” katanya seperti dilapor Sinar Harian pada Isnin.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Chua Wei Kiat, menjelaskan bahawa tindakan ini
diambil untuk membolehkan pemeriksaan dilakukan oleh agensi berkaitan.
Menurut beliau, kejadian serupa pernah dilaporkan awal tahun ini, dan masalah tersebut kembali dikesan baru-baru ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata tempoh penutupan jalan bergantung kepada hasil pemeriksaan keselamatan di lokasi berkenaan.
“Oleh itu, pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan jalan alternatif dan mematuhi arahan keselamatan sepanjang tempoh penutupan tersebut.
“Langkah ini diambil untuk menjaga keselamatan pengguna dan mengelakkan insiden tidak diingini,” katanya.