Lagi kes abai anak, tular video kanak-kanak tidur di kedai dobi jam 3 pagi

Oleh AHMAD SULAIMAN

Seorang kanak-kanak lelaki telah menarik perhatian pengguna media sosial apabila dia dilihat bermalam di sebuah kedai dobi pada waktu dinihari, menimbulkan kebimbangan ramai.

Berdasarkan rakaman CCTV yang dikongsikan oleh pemilik kedai di laman TikTok,

budak lelaki tersebut dilihat memasuki kedai dobi tersebut sekitar pukul 3 pagi (waktu tempatan).

“Seorang kanak-kanak kecil datang tidur di kedai dobi sehingga pukul 5 pagi (waktu tempatan).

Saya tidak tahu latar belakang kehidupannya, tetapi saya gembira dia berasa selamat di sini,” kata lelaki bernama Botan itu.

Lagi kes abai anak, tular video kanak-kanak tidur di kedai dobi jam 3 pagi

Botan menambah, keesokan harinya sekitar pukul 2 pagi (waktu tempatan), budak lelaki yang sama datang lagi bersama seorang kanak-kanak lain yang lebih dewasa. Kedua-duanya tidur di atas lantai hingga pukul 5 pagi (waktu tempatan).

Botan meluahkan kebimbangan dan rasa hairan kerana tiada ibu bapa atau ahli keluarga yang mencari kanak-kanak tersebut pada waktu itu.

Selepas video tersebut tular, ramai netizen memberikan maklumat bahawa kanak-kanak itu menjual bunga di sekitar pasar malam Kad Manee dan sering tidur di kaki lima.

Ada yang mendakwa bahawa kedua-dua kanak-kanak tersebut menghadapi kehidupan yang sukar, sehingga mereka terpaksa melarikan diri dari rumah.

Botan kemudian berjaya mengesan sekolah tempat kedua-dua kanak-kanak itu belajar, dan pihak sekolah berjanji untuk menyelesaikan isu ini.

BACA: Apa yang jadi minggu lepas sampai KLIA pun jem? rupanya bukan Malaysia je kena