Lagi 5 tahun, Malaysia bakal hadap ‘jammed’ paling teruk dalam sejarah negara

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Peristiwa ini hanya berlaku setiap 33 tahun dan berlangsung selama 3 tahun sahaja.

Bagi sesiapa yang lahir pada tahun 1996 atau selepasnya, mungkin tidak mengetahui bahawa Malaysia

Pernah menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina secara serentak. Tetapi, ia benar-benar berlaku di Malaysia.

Lagi 5 tahun, Malaysia bakal hadap 'jammed' paling teruk dalam sejarah negara

Peristiwa ini dikenali sebagai Kongsi Raya, di mana pada masa itu, kita berkongsi sambutan perayaan walaupun mempunyai adat, budaya, dan agama yang berbeza. Peristiwa ini hanya berlaku setiap 33 tahun dan berlangsung selama 3 tahun sahaja.

Beberapa tahun yang peristiwa ini berlaku termasuklah:

1963-1965
1996-1998

Sekarang sudah tahun 2024, jadi kita akan menyambut Kongsi Raya lagi dalam lima tahun lagi (pada tahun 2029). Ya, kita akan menyaksikan peristiwa bersejarah ini sekali lagi dan mungkin menyaksikan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina yang lebih meriah.

Oh, sebelum saya lupa, tahukah anda bahawa sebelum ini kita juga pernah menyambut DeepaRaya, yang merangkumi Hari Deepavali dan Hari Raya Aidilfitri? Ya, ia juga disambut di Malaysia dan Singapura.

Namun demikian, seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, para ulama telah mengharamkan sambutan ini. Mungkin kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan.

Mungkin akan ada perbezaan pendapat di mana beberapa ulama mungkin mengatakan ia boleh disambut. Bagaimana pendapat anda? Adakah kita patut menyambut Kongsi Raya ini?

BACA: “Aku terdesak, minta bantuan dengan keluarga terdekat tapi enggan bantu aku, malam lepas tengok insta, aku nekad putuskan tali persaudaraan”