Kutipan Baby Naail capat target RM9 juta, Founder Misi Rakyat nangis menahan sebak netizen juga turut merasainya

Oleh INFORAKYAT

Kutipan Baby Naail capat target RM9 juta, Founder Misi Rakyat nangis menahan sebak netizen juga turut merasainya.

Sejak pertengahan April lalu, berita masalah kesihatan yang dialami oleh bayi berusia 9 bulan bernama Baby Naail cukup menyentuh hati rakyat Malaysia.

Jelas ibu bapanya, Baby Naail mengalami kesan seperti lemah otot dan kepayahan bernafas akibat menghidap Spinal Muscular Athropy (SMA) Type.

Baby Naail

Rawatan sekali seumur hidup…Baby Naail perlu injection bernilai RM9 juta

Sudah 3 kali ditahan ke PICU kerana jangkitan paru-paru, mereka juga mendedahkan ubat-ubat Baby Naail sememangnya menelan kos besar iaitu melebihi RM40,000.

Dia juga perlu rawatan injection Gene Therapy Zolgensma yang berharga RM9 juta untuk sekali seumur hidup sebagai ikhtiar menghentikan kemerosotan otot.

Founder Misi Rakyat terharu hari ini kutipan capai RM9 juta

@foundermisiSebenarnya Allah menguji kita dan Allah satukan kita. 🥹

♬ original sound – Founder Misi

Founder Misi Rakyat iaitu saudara Nur Ahmad Faiz Mohd Azmi kemudiannya membuka tabung rasmi sebagai usaha mengumpul dana. Siapa sangka kurang sebulan ia dimulakan, hari ini kutipan sudah pun melebihi target RM9 juta. Tangisan lelaki ini cukup membuktikan betapa dia terharu dengan kebaikan hati rakyat Malaysia.

Kejayaan demi kebahagiaan…Untuk Baby Naail

Daripada sekecil-kecil derma RM1 sampai ke puluhan ribu ringgit, kejayaan tersebut cukup menjentik sanubari ramai.

Dalam senarai penderma, dilihat terdapat nama para founder termasuklah Hafiz Mahamad mendermakan sebanyak RM100,000 melalui 2 transaksi berbeza

BACA:

Gara-gara pisang, seorang ustaz di Marang dibelasah sampai mati?

Tak sangka! Rupanya ini maksud di sebalik tag yang ada para bungkusan Gardenia yang ramai tak tahu