Kuali ada kesan hitam, guna 3 bahan sahaja nak cuci, nampak macam baru beli

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Mesti perasan kuali, periuk atau kuali leper ini bila kerap digunakan walaupun sudah basuh pasti ada kesan hitam di bahagian belakang.

Nak sental kuat sangat takut tercabut pula warnanya atau tercalar, tak cantik pula dipandangan mata.

Rupanya ada cara mudah nak bersihkan ia, guna hanya tiga bahan yang ada di rumah sahaja, tak perlu sakitkan tangan nak menyental.

Ikuti tip dari portal Rasa tentang cara mudah bersihkan belakang kuali yang sudah bertukar hitam.

Tip bersihkan belakang kuali yang hitam

Bahan-bahan:

1 sudu besar baking soda
1 sudu besar cuka makanan
1 sudu besar sabun cuci pinggan (cecair)

Kuali ada kesan hitam, guna 3 bahan sahaja nak cuci, nampak macam baru beli
Cara-cara:

1. Letakkan satu sudu besar baking soda dan satu sudu besar cuka makanan ke dalam mangkuk kecil.

2. Masukkan pula satu sudu besar sabun cuci pinggan dan gaulkan ia hingga sebati.

3. Tuangkan ia menggunakan suda ke bahagian belakang periuk dan rataka ia serta biarkan seketika.

4. Selepas itu boleh mula menggosok bahagian belakang periuk menggunakan span sahaja.

5. Bila yakin dah bersih maka boleh bilas ia dengan air dan keringkan ia.

Selamat mencuba!

Baca juga: Patutlah lama kena sidai, rupanya ramai tak berhenti atas petak sensor traffic light