Krisis bekalan beras membimbangkan orang ramai, pemuda ini kongsi cara simpan beras tahan lama dari diserang kutu beras

Oleh AHMAD SULAIMAN

Kebelakangan ini, isu beras menjadi bualan ramai disebabkan kesukaran mendapatkan bekalan tersebut.

Mana tidaknya, harga beras import meningkat tinggi sehingga menyebabkan kebanyakan masyarakat beralih kepada keluaran tempatan

seterusnya menjadikan bekalan tersebut tidak mencukupi.

Krisis bekalan beras membimbangkan orang ramai, pemuda ini kongsi cara simpan beras tahan lama dari diserang kutu beras

Menyedari keadaan yang mendesak, seorang warga maya berkongsikan cara untuk menyimpan beras supaya tahan lebih lama dan tidak dimasuki kutu beras.

Menerusi hantaran Ariff Budiman Zainal Abidin, dia yang membahasakan dirinya sebagai Tokcik memberitahu bahawa beras yang dibeli pada harga RM25 untuk 10 kilogram masih boleh digunakan kerana kaedah penyimpanan yang dilakukan.

“Tokcik dan isteri pernah berbincang tentang beras. Tokcik kata beli beras dan bungkus kecil kerana bimbang jika ada apa-apa masalah, jadi boleh guna beras itu.

Hantaran asal yang dibuat pelayar Facebook.

“Kalau pek, kumbang (kutu beras) tak ada. Tokcik dan isteri pun beli beras banyak kampit dan pek kecil-kecil… kini apabila ada masalah beras, isteri Tokcik akan keluarkan beras ni untuk guna,” tulisnya di halaman Facebook.

Antara reaksi warga maya.

Kaedah yang dilakukannya itu dikatakan dapat membantu mengurangkan belanja dan menguruskan kewangan sewaktu kos sara hidup melonjak naik.

Malah katanya, apabila keadaan bekalan beras sudah kembali pulih, dia dan isteri akan kembali membuat simpanan seperti biasa.

Tambahnya lagi, sebagai pengguna masyarakat sepatutnya merancang dengan sebaiknya bagi mengelakkan masalah timbul di kemudian hari.

Hantaran yang dibuatnya itu menjadi tular dengan kebanyakan warga maya mengakui tidak pernah tahu kaedah tersebut boleh menjadikan beras dapat disimpan lebih lama.

Namun, ada yang menyatakan kaedah berkenaan tidak praktikal untuk mereka yang memiliki keluarga besar.

“Makan berdua sempat rancang, kami anak ramai tak sempat nak simpan beras macam ni.

“Apabila ramai simpan stok beras banyak-banyak di rumah, maka masa itulah permintaan mengatasi penawaran dan harga boleh naik lagi.

“Semasa orang kecoh pasal prep dan krisis makanan, saya buat macam ni sebab risaukan anak kelaparan. Saya berniaga, pendapatan tak menentu. Jadi apabila ada duit lebih saya memang beli beras dan simpan.

“Lambat, dah krisis baru nak beritahu. Mana ada beras murah dah sekarang ni… tak apalah, terima kasih untuk tip,” ujar beberapa warga maya.

BACA: “Aku dah simbah isteri air yassin, air longkang je aku belum simbah lagi, baru 4 tahun kahwin berat bdn dia naik 95kg, masa belum kahwin 65kg je”