Krisis bekalan ayam makin parah, penjual ayam di pasar besar terpaksa tutup gerai

Krisis bekalan ayam makin parah penjual ayam di pasar besar terpaksa tutup gerai

Krisis bekalan ayam makin parah, penjual ayam di pasar besar terpaksa tutup gerai. Tujuh gerai menjual ayam segar di Pasar Besar Jerantut ditutup hari ini berikutan tidak mendapat bekalan dari pembekal ayam sejak Selasa lalu.

Peniaga di Pasar Besar Jerantut itu mendakwa mereka tidak memperolehi bekalan ayam hidup sejak Selasa lalu kerana pembekal mengatakan tidak mempunyai stok ayam yang mencukupi.

Seorang peniaga ayam, Rosdi Omar, 55, berkata, bekalan ayam segar mula sukar didapati, kami mendapat sedikit bekalan tetapi tidak mencukupi untuk pembeli.

“Semalam, saya mohon 100 bakul ayam dari pembekal tetapi hanya memperoleh 20 bakul sahaja dan ayam yang diterima kecil.

“Jumlah terkini tidak mencukupi untuk pembeli biasa kerana kebanyakan bekalan ayam adalah untuk pelanggan tetap, ia masih tidak mencukupi,” katanya.

Seorang peniaga ayam yang enggan namanya disiarkan berkata, dia tidak menerima bekalan dan menerima sedikit bekalan pada hari ini tetapi tidak lebih 50 peratus bekalan ayam.

“Selalunya saya menerima bekalan kira-kira 500 ekor tetapi kini hanya menerima tidak sampai 250 ekor, begitu juga penjual ayam yang lain.

Krisis bekalan ayam makin parah, penjual ayam di pasar besar terpaksa tutup gerai

Krisis bekalan ayam makin parah, penjual ayam di pasar besar terpaksa tutup gerai

“Di pasar di sini, ada tujuh pintu gerai dan bagi mengelakkan perebutan antara pembeli menyebabkan kami terpaksa menutup gerai kami dan menghantar kepada pelanggan tetap sahaja terutamanya kedai makan, ” katanya.

Menurutnya, mereka tidak tahu lagi sama ada bekalan ayam akan tiba esok hingga hujung minggu ini kerana dipercayai pembekal ayam dikatakan ‘bercuti’ dan tiada penghantaran bekalan ayam daging kepada peniaga di sini.

“Saya turut menghubungi rakan penjual ayam di daerah lain seperti Lipis dan Bentong dan mereka turut mengalami keadaan yang sama, malah penjual ayam di Kuantan turut mahu mendapatkan bekalan dari sini.

“Kami penjual ayam di daerah ini merayu agar isu bekalan ayam daging dapat diatasi dengan segera demi kemudahan penduduk dan kesejahteraan rakyat Malaysia, dan memohon maaf kepada pembeli di daerah ini kerana tidak dapat membekalkan ayam segar seperti biasa,” katanya.

Seorang pembeli yang ditemui, Shaharuddin Hasim, 48, berkata, dia terkejut apabila sampai di gerai menjual ayam di Pasar Besar Jerantut didapati semuanya ditutup hari ini, malah dia turut cuba ke pasar raya di sekitar bandar ini turut tiada bekalan ayam daging.

Tinjauan di beberapa pasar raya di bandar ini turut menghadapi masalah yang sama dan mendapati tiada ayam dijual di situ.

BACA:

Orang ramai teruja tempahan perodua Alza baharu dibuka, harga dari RM69K

Cara DIY paip air perlahan akibat tersumbat angin, tak payah upah tukang

Cacar monyet makin ‘gila’ serang lelaki gay

CATEGORIES