Keluarga kepada pemilik MyKad dan lesen memandu yang didakwa ditemui di medan pertempuran antara Ukraine dan Rusia
Beliau mengesahkan bahawa lelaki tersebut sedang melanjutkan pengajian di sana, kata Ketua Polis Negara Razarudin Husain.
Beliau menyatakan bahawa pihak polis telah menghubungi keluarga individu terbabit untuk mendapatkan maklumat lanjut.
“Keluarga memaklumkan bahawa individu tersebut hanya melanjutkan pelajaran di sana
Dan tindakan selanjutnya sedang diambil oleh PDRM berhubung maklumat ini,” katanya menurut BH.
Beliau menambah, Bukit Aman juga sedang menunggu maklum balas daripada Kedutaan Rusia berkaitan dakwaan pembabitan rakyat Malaysia dalam konflik perang antara dua negara tersebut.
“Kita masih menunggu maklum balas mereka untuk mengesahkan dakwaan berkenaan, termasuk status warga tempatan yang dikaitkan dengan kejadian ini.
“Kita juga meminta orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan diingatkan supaya tidak terlibat dengan mana-mana ‘pejuang asing’,” ujarnya.
Terdahulu, tular sekeping gambar yang menunjukkan dokumen pengenalan diri MyKad dan lesen memandu rakyat Malaysia yang didakwa ditemui di medan pertempuran antara Ukraine dan Rusia.
Laporan itu mendakwa dokumen tersebut ditemui selepas tentera Rusia menawan kubu tentera Ukraine di Levadne, Zaporizhia, Ukraine.
Berdasarkan pemerhatian terhadap salah satu gambar yang tular, lesen memandu itu milik seorang individu yang beralamat di Padang Besar, Perlis dan sah sehingga Februari 2025.
BACA: Betul ke maksud Deepavali ‘deretan cahaya yang menyala’?