KPN dedah sebab apa mendorong lelaki asal Perlis jadi tentera upahan Ukraine

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Rakyat Malaysia yang dilaporkan menjadi tentera upahan di Ukraine dalam konflik antara negara itu

Dan Rusia telah disahkan sebagai Lee Bing Hang, dan dipercayai masih hidup serta berada dalam keadaan selamat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata siasatan awal mendapati Lee, 20, mengalami kecederaan

Di bahagian buku lali akibat terkena serpihan dron Rusia dan telah selesai menjalani rawatan.

Beliau menjelaskan bahawa ketika serangan dron itu berlaku, Lee berjaya melarikan diri, namun MyKad dan lesen memandunya tercicir, sementara pasportnya masih bersamanya.

KPN dedah sebab apa mendorong lelaki asal Perlis jadi tentera upahan Ukraine

Menurut Razarudin, siasatan menunjukkan tawaran gaji menarik sehingga AS$2,700 sebulan (RM11,807) serta minat mendalam dalam bidang ketenteraan mendorong Lee untuk menyertai perang Ukraine-Rusia sebagai tentera upahan.

“Selain itu, tekanan keluarga dipercayai turut menyebabkan beliau sanggup menjauhkan diri kerana Lee dibesarkan oleh ibunya di Perlis selepas berpisah dengan bapanya sejak kecil,” katanya ketika dihubungi Bernama di Kuala Lumpur, hari ini.

Razarudin juga mendedahkan bahawa Lee telah menjadi tentera upahan di Ukraine sejak April 2024 selepas membuat permohonan melalui laman sesawang ketenteraan Ukraine dan merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang berbuat demikian.

“Lee memperoleh pendidikan A-Level di sebuah kolej swasta di Petaling Jaya sebelum menyambung pengajian peringkat ijazah di sebuah kolej di Subang Jaya, namun beliau berhenti pada awal tahun ini.

“Pada Mac lepas, difahamkan Lee pergi ke United Kingdom untuk mencari peluang pekerjaan di luar negara sebelum menyertai perang Ukraine-Rusia dan tidak merancang untuk pulang ke tanah air,” katanya.

BACA: ‘Patutlah mama selalu mengadu rupanya aktiviti mama punca jiran-jiran mengata dia”