KP Kesihatan umumkan tiada lagi sidang akhbar harian Covid-19

KP Kesihatan umumkan tiada lagi sidang akhbar harian Covid-19

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan tiada lagi sidang akhbar harian berkenaan perkembangan koronavirus (Covid-19) mulai minggu depan.

“Saya ucapkan terima kasih kepada yang hadir pada hari Sabtu ini (hari ini).

“Kita tetap memberi maklumat terkini tetapi mungkin minggu depan kita akan ‘jarakan’ sidang akhbar dan saya ucapkan terima kasih kepada semua barisan hadapan (iaitu) media yang telah bekerja keras untuk bersama menjayakan bagi memutuskan jangkitan Covid-19 dalam negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian sebelum mengakhiri sidang akhbar hari ini yang menjadi rutin harian sejak negara dilanda pandemik itu sejak lebih tiga bulan lalu.

 

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/87658/KHAS/Koronavirus/Tiada-lagi-sidang-akhbar-harian-Covid-19

COMMENTS