Kos ‘makeup’ mahal, punca pengantin lelaki tak hadir majlis kahwin. Sebelum ini, pernah viral di media sosial mengenai nasib malang yang menimpa seorang wanita apabila bakal suaminya dikatakan tidak datang ke majlis perkahwinan mereka sendiri.
Pengantin lelaki buka mulut
Menurut sumber, si pengantin lelaki didakwa telah melarikan diri dan sejak daripada itu, langsung tiada khabar berita mengenai dirinya. Namun, baru-baru ini, si pengantin lelaki yang dikenali dengan nama Gandi akhirnya membuka mulut dan menceritakan punca sebenar mengapa dia tergamak meninggalkan bakal isterinya sendirian di majlis perkahwinan mereka tempoh hari.
Menurut Gandi, salah satu puncanya adalah kerana masalah ekonomi. Dia telah melarikan diri dengan hasil wang gadaian motosikalnya. Difahamkan, pada awalnya wang tersebut sepatutnya digunakan untuk majlis perkahwinannya. Gandi akui dia sangat menyayangi bakal isterinya itu dan sebenarnya dia sendiri tidak sanggup meninggalkan wanita yang dicintainya itu sendirian di majlis kahwin tetapi keadaan yang memaksa dia berbuat demikian.
Kerja keras untuk ganti duit majlis
Tambahnya lagi, sebelum ini, dia pernah pesan kepada bakal isterinya itu supaya tidak menggunakan perkhidmatan jurusolek yang mahal tetapi lain pula yang jadinya apabila pada majlis perkahwinan itu, keluarga pengantin perempuan dikatakan telah memanggil jurusolek yang mengenakan upah yang lebih mahal.
Bercerita dengan lebih lanjut, Gandi memberitahu tiga hari sebelum majlis bahawa dia berhasrat untuk membatalkan resepsi tersebut namun atas saranan orang tua, majlis tersebut tetap berlangsung. Ibu bapa Gandi juga mencadangkan supaya dia menggadaikan motosikal untuk perbelanjaan majlis perkahwinannya itu. Menurut Gandi, dia kini sedang berusaha keras mengumpul wang untuk membiayai kos majlis tersebut yang sebelum ini dibiayai oleh keluarga pengantin perempuan.
Saya akan berusaha menggantikan wang tersebut kerana sekiranya tidak diganti, ibu bapa aku akan dipenjara. Itu perjanjian yang sudah ditandangani.
BACA:
Ura-ura harga gula pula bakal naik, kos pengeluaran didakwa naik 30%
Lelaki ini cari sedang cari calon isteri yang boleh habiskan duit simpanannya
Johan sanggup tolong kereta rosak tepi jalan, “patutlah dia murah rezeki..”