Kos buat makin mahal, harga rumah dijangka naik mendadak 2023 ini

Kos buat makin mahal harga rumah dijangka naik mendadak 2023 ini

Kos buat makin mahal, harga rumah dijangka naik mendadak 2023 ini. Harga rumah kediaman dijangka meningkat ketara tahun ini disebabkan oleh ketidaktentuan ekonomi global serta peningkatan berterusan kos bahan mentah.

Pengarah CPI Land Sdn Bhd (CPI Land), Chung Shan Tat, berkata selain harga bahan mentah binaan, kos upah dan pembiayaan yang melonjak turut menjadi faktor yang menyebabkan harga rumah meningkat.

Beliau berkata, walaupun industri hartanah dan pembinaan keseluruhannya berdepan dengan lonjakan harga itu, tetapi CPI Land tetap masih mampu mengatasinya.

Kos buat makin mahal harga rumah dijangka naik mendadak 2023 ini

“Kami masih boleh mengawalnya dan tidak memberikan lebihan kos itu kepada pembeli. CPI Land mempunyai sedikit kelebihan dan kami berjaya menguruskannya dengan lebih baik kerana mempunyai cabang pembinaan sendiri.

“Ini membolehkan kami mengawal kos, garis masa dan kualiti dengan lebih baik,” katanya kepada BH

Sementara itu, Shan Tat berkata, secara keseluruhan prospek industri hartanah di Malaysia kekal neutral untuk 2023.

Beliau berkata, dengan isu rantaian bekalan yang berterusan yang bertambah buruk oleh sekatan yang dikenakan dalam dua tahun lalu, CPI Land turut menjangkakan pelancaran baharu yang lebih rendah.

“Kos bahan binaan dan buruh meningkat. Sebagai contoh, kos pembinaan meningkat antara 20 hingga 30 peratus.

“Di samping itu, kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) juga menyebabkan kuasa beli yang lebih lemah dalam kalangan pengguna,” katanya.

Shan Tat berkata, dengan pembukaan sempadan antarabangsa dan pemulihan ekonomi, kumpulan berharap dapat menyelesaikan isu seperti kekurangan buruh, kos dan kuasa beli pengguna.

Beliau berkata, kerajaan juga diharap dapat memperkenalkan semula langkah segera yang dapat membantu industri hartanah dan pembeli rumah.

Katanya, antara yang perlu dilaksanakan kerajaan adalah memperkenalkan semula kempen Kempen Pemilikan Rumah (HOC), mempercepatkan proses kelulusan dan menyelesaikan isu kekurangan buruh.

Ini semua katanya akan membantu dalam masa dan kos pembangunan.

“Dengan semua isu yang dinyatakan, kami meramalkan tahun hadapan yang sangat kompetitif.

“Tinjauan ekonomi tahunan juga mengunjurkan pertumbuhan yang lemah di seluruh dunia pada 2023, selain menjangkakan pertumbuhan perlahan dalam sektor hartanah,” katanya.

Shan Tat berkata, sebagai pemaju, CPI Land secara konsisten mencari simpanan tanah baharu di Lembah Klang.

Beliau berkata, CPI Land sentiasa membina nilai kepada pelanggan menerusi reka bentuk inovatif yang mencapai tahap keselesaan maksimum kepada pemilik rumah, sambil mengekalkan kualiti dan kecekapan kos.

Kos buat makin mahal, harga rumah dijangka naik mendadak 2023 ini

“Projek akan datang kami seperti Residensi Dian I diinspirasikan dari Bali. Dengan pembinaan dijangka siap pada 2026, Residensi Dian II mempunyai 748 unit pangsapuri servis dan 14 unit komersial.

“Projek itu ketika ini mempunyai kadar tempahan sebanyak 80 peratus,” katanya.

Shan Tat menambah, satu lagi hartanah yang ditumpukan oleh CPI Land adalah bahagian ketiga siri Tuan.

Beliau berkata, pemilik rumah boleh menjangkakan kecemerlangan seni bina dan rumah tema unik dengan nilai luar biasa dari segi kualiti serta tahap kemampuan, sama seperti dua siri sebelumnya iaitu Tuan Residency dan Tuan 2egacy.

“Projek Tuan akan datang adalah pembangunan berorientasikan transit (TOD) terletak dalam radius 300 meter ke Stesen KTM Segambut. Terletak di atas tanah pegangan bebas 3.9 ekar, projek itu dijangka dilancarkan pada suku keempat 2023,” katanya.

BACA JUGA :

Kerajaan dijangka naikkan cukai ‘dosa’

Duit RM881 Billion milik Elon Musk hilang

RM22,300 milik pelajar tingkatan 6 ghaib kena tipu sindiket pelaburan

CATEGORIES