Kononnya demi bangsa, Tun M dan Muhyiddin kembali ‘bercium’,
Dr Mahathir Mohamad dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin,
Di laporkan mungkin akan kembali duduk semeja selepas bermusuhan selama lebih tiga tahun, lapor agensi berita MalaysiaNow.
Ini setelah Dr Mahathir mengakui bersedia bekerjasama dengan pihak Encik Muhyiddin sekiranya kedua-dua pihak dapat mencapai matlamat yang sama.
MalaysiaNow menukil Dr Mahathir sebagai berkata, usaha untuk memperjuangkan nasib orang Melayu perlu dijadikan antara matlamat utama selain menolak individu yang terpalit dengan isu rasuah atau salah laku jenayah.
Tambah beliau, masyarakat Melayu yang berpecah mengikut politik kepartian mengakibatkan parti politik Melayu sukar untuk memperbetulkan sebarang keadaan.
“Kita hendak adakan kerjasama, tetapi matlamat mesti ditentukan. Kita (Melayu) berpecah jadi banyak parti, kita hilang kuasa.
“Bila hilang kuasa, kita tidak boleh betulkan keadaan yang merugikan orang Melayu. Sebab itu kita perlu bersatu,” ujarnya dalam wawancara eksklusif bersama MalaysiaNow di Putrajaya pada Rabu (31 Mei) yang kemudian disiarkan oleh Astro Awani pada Khamis (1 Jun).
Parti Bersatu pimpinan Encik Muhyiddin ditubuhkan pada 2016 selepas beliau dan beberapa pemimpin UMNO dipecat daripada parti itu setelah secara terbuka mengkritik isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Penubuhan Bersatu dilakukan bersama Dr Mahathir yang dilantik sebagai Pengerusi, sebelum parti itu menyertai gabungan politik Pakatan Harapan (PH) yang akhirnya berjaya menumpaskan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018.
Dua tahun kemudian, Dr Mahathir bagaimanapun dipecat daripada Bersatu selepas berlaku perubahan kerajaan menerusi ‘Langkah Sheraton’ yang menyaksikan kerajaan PH tumbang dan digantikan dengan kerajaan PN pimpinan Encik Muhyiddin.
BACA:
Artis terkenal muka ‘innocent’ kantoi ketagih video lucah di media sosial, rupanya ini orangnya..
Risau kantoi dengan cucu, warga emas ini merayu melutut dilepaskan lepas ditangkap buat maksiat