Kongsi gambar tak kena masa, Mawar Karim dikecam netizen

Kongsi gambar tak kena masa, Mawar Karim dikecam netizen. Selepas pernikahan antara pelakon, Fizo Omar bersama seorang bekas pramugari, Fazeera Nazri Azrai, 25, selamat dilangsungkan, nama Mawar Karim pula menjadi perhatian.

Namun, hubungan mereka selama enam tahun akhirnya berakhir selepas Fizo Omar disahkan berpisah dengan Mawar pada 10 Julai 2019.

Bergambar dengan Ashraf Muslim, Mawar Karim jadi perhatian

Kongsi gambar tak kena masa, Mawar Karim dikecam netizen

Bagaimanapun, Mawar atau nama sebenarnya Mawar Abdul Karim telah mencuri perhatian ramai selepas memuat naik sekeping gambar bersama pelakon, Ashraf Muslim.

Hantaran itu dikongsikannya di laman Instagram bersama dengan pelakon berusia 40 tahun di Mekah sehingga ramai netizen membanjiri pada ruangan komen.

Selain itu, Mawar juga telah menyertakan sebuah kapsyen dalam bahasa arab yang membawa maksud saya bukan orang ketiga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mawar Karim (@mawar_karim)

Menerusi kapsyen berserta emoji ketawa itu, kita difahamkan situasi Mawar yang hanya sekadar bergurau dan dia bukanlah isteri ketiga bagi pelakon itu.

Selain itu, gambar tersebut juga diambil oleh mereka selepas terserempak di Mekah oleh kerana mereka berdua sedang menunaikan umrah.

Mawar beri respon terhadap kecaman netizen

Namun, gambar serta kaspyen yang dinyatakan telah disalah erti oleh beberapa netizen sehingga mereka sanggup mengecam tindakan mawar bergambar dengan Ashraf.

Meninjau pada ruangan komen, terdapat pula netizen yang mempersoalkan tindakan pemilik tudung Fareeda itu memuat naik gambar bersama suami orang.

Tidak berdiam diri, Mawar juga turut membalas komen tersebut yang mana dirinya tidak melihat berbuat perkara itu mampu menimbulkan dosa.

Kenapa kongsi gambar dengan suami orang itu?

Selain itu, terdapat juga komen daripada netizen yang menuduh Mawar sengaja memuat naik foto itu kerana ‘dahagakan’ perhatian.

Bagaimanapun, Mawar menafikan perkara itu selain menyatakan dirinya datang ke sana hanyalah ingin perhatian daripada Allah SWT.

Bagaimanapun, meninjau pada komen yang lain, rata-rata pengikutnya turut memberikan sokong kepada Mawar serta mengecam tindakan netizen yang memerli gambarnya itu.

BACA JUGA : KKM beri jaminan vaksin campuran untuk dos penggalak selamat
Panas !!! Tular Rauf calon KM Melaka, ini respons Sulaiman
Arab Saudi anjur pesta besar-besaran, Pitbull jadi artis undangan

CATEGORIES