Demikian pengalaman buruk yang terpaksa dilalui sekumpulan pemuda apabila unit kondominium mereka di tingkat 13 dilimpahi air dan najis.
Berkongsi pengalaman, salah seorang penghuni, Syed Nurhidayat Syed Zailudin berkata,
kejadian berlaku di rumah sewa mereka di sebuah kondominium di Shamelin, Kuala Lumpur pada pagi Ahad lalu.
Pemuda berusia 24 tahun itu mengakui terkejut apabila lantai rumah mereka dibanjiri air naik hampir mencecah paras buku lali.
“Banjir tu berpunca daripada saluran bilik air di bilik utama. Lebih terkejut ada juga cebisan-cebisan kecil berwarna coklat.
“Bukan setakat dalam bilik air, malah air bercampur cebisan-cebisan coklat tu melimpah hingga ruang tamu, dapur dan bilik lain.
“Bau busuk memang sangat kuat, rasa loya nak muntah…. sah cebisan-cebisan coklat tu adalah tahi! Tapi tahi siapa?” katanya ketika dihubungi mStar.
Cebisan najis dipercayai yang keluar dari saluran kumbahan.
@samadpiupiu Siapa kata duduk High Rise tak kene banjir? banjir cadbury tau #foryoupage #malaysiatiktok #fyp #raya ♬ ZOOM – Jessi
Kondo penuh dengan air najis, “tak tahan nak muntah..”
Lebih mesra disapa Hidayat, katanya lebih memburukkan keadaan apabila limpahan air dan najis itu turut melimpah sehingga ke koridor di luar rumah.
“Pagi tu saya tergesa-gesa untuk ke tempat kerja, buat part time. Kemudian rakan serumah beritahu banjir berlaku disebabkan salah satu saluran kumbahan tersumbat.
“Kami hubungi pihak pengurusan kondominium buat aduan tapi esoknya baru datang. Sebab dah tak tahan sangat, kami semua tidur di hotel berdekatan,” ujarnya yang berasal dari Kota Tinggi, Johor.
Hidayat (duduk, hadapan) bersama empat rakan serumah.
Menyewa di kondominium 30 tingkat itu sejak hampir setahun lalu, Hidayat berkata, kejadian berkenaan pertama kali berlaku.
“Esok pagi kami balik ke rumah, banjir belum surut dan bau busuk pun tak hilang. Kebetulan saya ada but dan pakai di dalam rumah, manakala rakan-rakan lain reda je pakai selipar.
“Makin banyak cebisan tahi. Bau sangat kuat… najis jiran-jiran atas yang baru dibuang memasuki saluran kumbahan kami yang tersumbat,” katanya.
Saki-baki cebisan najis yang telah kering.
Menurut anak kedua daripada enam beradik itu, keadaan busuk di rumah sewanya itu boleh digambarkan seperti loji takungan najis.
“Bau busuknya sama. Sampai satu tahap, saya berharap sangat tolonglah jiran-jiran untuk berak sikit-sikit je. Tak berak langsung pun lagi okay.
Bau sangat kuat… najis jiran-jiran atas yang baru dibuang memasuki saluran kumbahan kami yang tersumbat.
HIDAYAT
“Setiap kali dengar bunyi flush dari tingkat atas, memang reda je apabila muncul cebisan-cebisan coklat yang baru keluar dari lubang di bilik air,” tambahnya.
Pelajar Ijazah Sarjana Muda jurusan komunikasi korporat di sebuah insitusi pengajian tinggi (IPT) di Kuala Lumpur itu berkata, pihak pengurusan hanya datang untuk menyelesaikannya pada petang Isnin.
Keadaan bilik air sebelum dan selepas kejadian.
“Pihak pengurusan kata saluran tersumbat yang menyebabkan rumah kami banjir. Mereka dakwa jumpa sapu tangan. Tapi di rumah kami tiada seorang pun guna sapu tangan.
“Apabila kami minta bukti gambar sapu tangan, tak ada pula. Macam mana nak sahkan ada sapu tangan? Malam tu baru air surut, rakan-rakan daripada tingkat dan blok lain datang bantu membersihkan rumah daripada pukul 10 malam hingga 4 pagi… terima kasih Aqil, Izati, Safirah, Baiti dan Amanina,” katanya sambil menambah sapu tangan itu kekal misteri.
Sehubungan itu, Hidayat berkata, situasi banjir memang sesuatu yang tidak dijangka dan boleh berlaku di bangunan bertingkat tinggi seperti kondominium.
“Nasihat saya yang duduk di rumah seperti kondo, rajin-rajinlah cuci bilik air dan bersihkan lubang saluran sebab jika ada kejadian seperti itu berlaku di rumah, kita boleh tahu sama ada ia berpunca daripada kita sendiri atau penyelenggaraan yang bermasalah,” katanya.
BACA:Nelayan temui harta karun dari kerajaan empayar Srivijaya, nilainya jutaan ribu ringgit