Komposer Madah Berhelah ini pernah tolak 2 tawaran gelaran Dato, royalti RM200K

Oleh INFORAKYAT

Komposer Madah Berhelah ini pernah tolak 2 tawaran gelaran Dato, royalti RM200K. ” Saya maIulah dengan diri sendiri. Saya tak layak, apalah jasa saya?” Demikian kata-kata komposer terkenal Saari Amri yang cukup merendah diri ketika ditanya tentang tawaran untuk mengurniakan beliau dengan gelaran Dato’.

Kepada peminat industri hiburan tempatan, sudah pastinya mereka merasakan Saari Amri amat layak untuk mendapat gelaran itu memandangkan sumbangannya kepada industri yang bukan biasa-biasa.

Lihatlah sahaja sudah berapa ramai penyanyi yang menjadi terkenal tak kiralah dalam waktu singkat atau tempoh yang lama yang lahir dari sentuhan Saari Amri.

Lagu-lagu hits yang masih lagi segar di corong radio dan media sosial sehingga kini seperti Madah Berhelah (Ziana Zain), Di Sana Menanti Di Sini Menunggu (UKs), Setelah Aku Kau Miliki (Shima), Ramalanku Benar Belaka (Umbrella), Sembilu (Ella), Lamunan Terhenti (Aris Ariwatan) dan Gerimis Mengundang (Slam), kesemuanya adalah hasil ciptaan Saari Amri.

Itulah antara sumbangan yang ‘menjadi’ dari komposer terkenal Saari Amri, anak kampung dari Kelantan yang pernah bekerja sebagai bvruh kasar di Singapura selama 5 tahun pada tahun 1985.

Komposer Madah Berhelah ini pernah tolak 2 tawaran gelaran Dato, royalti RM200K

Namun tahukah anda bahawa beliau sebenarnya menolak tawaran gelaran Dato yang telah ditawarkan?. Bukan sekali, tetapi dua kali, dari dua istana berbeza! Sebenarnya bukan mudah untuk memujuk komposer tersebut bercakap mengenai tawaran gelaran Dato yang ingin diberikan kepadanya itu.

Mungkin juga beliau bimbang akan ada yang katakan Saari Amri menunjuk-nunjuk kerana ramai penggiat seni pun tidak mengetahuinya sehingga kini.

Andy Lau juga yang pernah mengundangnya ke Hong Kong selama dua minggu semata-mata untuk melatihnya menjadi seorang penyanyi.

SEBAB T0LAK GELARAN DATO.

Tawaran kedua bagi pangkat Dato diterimanya adalah sekitar tiga tahun lepas. Jadi, negeri manakah yang sebenarnya menawarkan gelaran Dato tersebut kepadanya? Saari Amri tetap memilih untuk tidak menyebutnya.

Untuk pengetahuan, Saari Amri memulakan kerjaya seninya dengan menciptakan lagu berjudul Pandang Pertama untuk Rohana Jalil ketika Saari masih bekerja di Singapura lagi. Beliau tidak mempunyai atau mampu untuk mengikuti sebarang pendidikan formal dalam bidang muzik ketika itu.

Ini penjelasannya kepada sebuah portal media di Singapura tentang penolakan pangkat Dato itu ketika dihubungi baru-baru ini:

” Saya malulah dengan diri sendiri. Saya tak layak, apalah jasa saya?

” Bukan banyak jasa pun saya dengan negara. Saya kata saya ada anak, kalau anak kahwin saya dapat cucu, automatik jadi Dato. Mereka ketawa.”

Saari merupakan seorang komposer yang pernah menjadi guru vokal kepada pelakon dan penyanyi Andy Lau di Hong Kong. Bayangkan sehingga orang luar menggunakan khidmat professional Saari. Bagaimanapun katanya, beliau berkarya bukan kerana nama dan tidak mengejar gelaran.

” Saya tak perlu benda itu, cukuplah orang kenal saya. Lagipun saya suka lepak di mana-mana, di kedai mamak, kedai minum. Mesti orang akan fikir apalah Dato ni, hari-hari lepak sini,” katanya lagi.

Setelah 30 tahun mencipta lagu dan menerbitkan album, Saari telah berjaya menghasilkan sekitar 500 buah lagu yang masih diminati sehingga kini dan sering diperdengarkan di corong radio.

Ketika bekerja dengan syarikat rakaman antarabangsa BMG Music pada tahun 1991 sebagai pekerja stor sahaja dan dinaikkan pangkat menjadi pengurus, beliau berkesempatan menghasilkan lagu-lagu berjudul Duri Terlindung dan Aku Takkan Bersuara nyanyian Nike Ardilla.

Siapa sangka lagu itu telah berjaya mengangkat nama Saari di Indonesia kerana menjadi hits dalam sekelip mata di Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei.

PERNAH MENGEM!S DI CHOW KIT DAN SEKOLAH SAMPAI DARJAH.

Mungkin pembaca tidak tahu yang Saari Amri telah melalui banyak cabaran get1r sebelum menjadi seorang yang dikenali kerana bakatnya.

” Mengenangkan kembali zaman susah dulu, saya memang sedih.

” Pernah satu tahap, saya terpaksa mengem1s, meminta makanan di kawasan Jalan Chow Kit semata-mata untuk meneruskan hidup. Mujurlah ada yang bersimpati.

” Puas mencuba, akhirnya Allah membuka pintu rezeki saya apabila lagu saya diterima oleh syarikat rakaman NSR.

” Saya jenis tak malu menjaja lagu saya ketika di BMG. Pernah bila lagu Ziana Zain dan Shima meletup, penyanyi Ella telefon saya. Saya bagi lagu Sembilu.

” Saya tak sekolah pun, Darjah 6 saja. Dari gaji RM1,000 naik RM5,000 waktu itu,” kongsi komposer tersebut.

Dirisik lagi tentang mengapa beliau menolak gelaran Dato untuk kali kedua. Ini jawapan komposer berusia 54 tahun itu dengan nada perlahan:

” Gelaran itu terlalu tinggilah dan saya banyak melihat kawan-kawan yang ada gelaran Dato, lain karektor dia, cakap berlagak. Watak dan percakapan pun lain dan ada dah tak boleh jumpa lagi.

” Saya bukan orang macam itu nak kena jaga imej bila dapat gelaran, nak lepak pun orang akan bercakap.

” Saya lebih suka macam ini seperti orang biasa. Saya selalu jumpa mereka dulu minum-minum tapi sejak pakai gelaran Dato terus hilang, tak telefon (saya).“

Duduk di kedai-kedai biasa sememangnya sebahagian jiwanya sebagai budak kampung yang pernah susah sehingga terpaksa merantau ke Singapura menjadi bvruh kasar. Beliau malah mengaku menjadi “budak selekeh Chow Kit.”

” Memanglah, ada mereka sanggup bayar untuk dapat gelaran, puluh ribu atau beratus ribu. Itu biasa, saya lebih seronok macam ini biarlah jadi macam P. Ramlee.

” Bila ada orang langsung tak peduli, bila dah tidak ada barulah kelam-kabut orang beri dia macam-macam anugerah,” Saari berkata lagi.

DISEBALIK NAMA AMRI

Sudah pasti ramai yang tertanya-tanya tentang dari mana datangnya nama Amri yang diletakkan dipenghujung namanya. Saari mendedahkan bahawa terdapat maksud tersendiri di sebalik penghasilan nama tersebut.

” Selepas mak dan ayah berpisah, saya dibesarkan oleh emak. Dialah yang banyak berk0rban untuk saya.

” Pada mulanya saya letak nama saya sebagai Saari AM yang bermaksud Saari anak mak.

” Bagaimanapun, untuk menyedapkan lagi nama itu, kawan-kawan mencadangkan supaya ia dipanjangkan menjadi Amri. Lagipun bunyinya lebih sedap,” katanya.

Sementara itu, kelibatnya yang jarang kelihatan di kaca televisyen membuatkan ramai yang menyangka Saari kini dipinggirkan berikutan dirinya sudah tidak lagi relevan kepada industri.

Saat diajukan pertanyaan berkenaan kepada si empunya diri, Saari menep1s dakwaan dianggap tidak berasas sama sekali itu.

” Sejujurnya, saya masih aktif mencipta lagu. Terbaru, saya ada menerbitkan album baharu penyanyi, Aris Ariwatan dan single untuk mereka yang berminat menjadi penyanyi.

” Selain itu, saya juga sering mendapat undangan untuk menjadi juri pertandingan nyanyian. Pernah juga saya ditawarkan untuk menjadi juri tetap program realiti.

” Bagaimanapun, saya terpaksa menolaknya kerana pernah berlaku sebelum ini, peserta yang saya pilih dan dirasakan layak untuk menang digagalkan kerana produksi mahu peserta lain, atas pelbagai alasan.

” Perkara seperti inilah yang membuatkan saya tawar hati untuk menerima sebarang undangan. Lebih selesa duduk di belakang tabir sahaja,” kata Saari yang pernah mencuba nasib menjadi penyanyi bersama kumpulan Ways ini.

ROYALTI 200 RIBU SETAHUN.

Banyak menghabiskan masanya di rumah dan sesekali di pejabat, Saari bersyukur kerana segala kerja ker4s ketika namanya berada di puncak banyak membantunya untuk meneruskan kehidupan.

” Terus-terang, duit royalti yang saya dapat saban tahun itulah yang digunakan untuk menampung kehidupan dan membesarkan anak-anak yang masih belajar. Bak kata orang, masa untuk menuai hasil selepas bercucuk tanam.

” Selama 30 tahun dalam industri, saya ada 600 lagu yang sudah berada di pasaran dan lagu popular saya bersilih ganti muncul di dunia muzik.

” Ini berbeza dengan komposer sekarang yang ada sebuah lagu popular, lepas itu senyap. Apapun, saya bersyukur dengan kehidupan saya sekarang. Lebih tenang dan santai.

” Royalti dari lagu-lagu itu cukup untuk menampung saya. Setahun adalah RM200 ribu. Itulah I tukar kereta setiap tahun. Mercedes dan lain-lain.

” Orang hairan I tak bekerja tapi kereta bertukar-tukar. I cuma kata dulu I bekerja kuat, now I nak rileks saja.”

Mengulas mengenai kerja muziknya sekarang pula, Saari memberitahu bahawa beliau hanya menanti masa yang sesuai untuk merakam dan menerbitkan lagu untuk anak lelakinya yang kini berusia 17 tahun.

Kepada para peminat yang rindukan koleksi lagu-lagu hits yang pernah dihasilkan olehnya, silalah layari ke saluran Saari Amri Official di YouTube.

BACA:

Kerajaan Perak bergolak lagi, MB dedah PN curi 4 Adun BN

Hadi Awang dikecam guna kiasan World Cup- “menang dah tapi pengadil tambah masa kecederaan”

Ustazah Afifah kata ubat tahan sakit haram, jangan makan