Kluster Sivagangga mungkin jenis perebak utama – Dr Noor Hisham

Kluster Sivagangga mungkin jenis perebak utama – Dr Noor Hisham

Kementerian Kesihatan (KKM) bimbang kluster Sivagangga yang bermula di Kedah ada kaitan dengan genom Covid-19, yang dikenal pasti sebagai perebak utama (super spreader) di Mesir dan Pakistan.

Ketua Pengarahnya, Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu sidang media hari ini bahawa pihaknya mendapati kluster tersebut – yang dikesan oleh KKM daripada pemilik sebuah kedai nasi kandar di Jitra – tersebar “sangat cepat” berbanding kluster lain di negara ini.

“Yang kita lihat sekarang kluster ini merebak dengan cepat dibandingkan sembilan kluster di Sarawak dan sebagainya.

“Kajian sedang dijalankan sama ada kita sedang menghadapi satu kluster iaitu genome 614, iaitu kluster super spreader.

“Super spreader ini telah dimaklumkan kepada kementerian iaitu dari Mesir dan juga Pakistan.

“Besar kemungkinan ini mungkin adalah kluster super spreader,” katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Untuk rekod, kluster Sivagangga dikesan akhir bulan lalu apabila pemilik restoran terbabit diuji positif Covid-19.

Lelaki itu pulang dari India pada 13 Julai dan sepatutnya berada dalam kuarantin di rumah tetapi dilaporkan gagal mematuhi arahan berkenaan.

KKM melaporkan kluster tersebut setakat ini mencatatkan 30 kes positif Covid-19, termasuk kanak-kanak.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/537630

COMMENTS