Kluster Sivagangga kini merebak ke Penang dan Perlis

Kluster Sivagangga kini merebak ke Penang dan Perlis

Kementerian Kesihatan (KKM) berkata jangkitan daripada kluster Sivagangga merebak ke 2 negeri di utara iaitu Perlis dan Pulau Pinang.

Ketua pengarahnya Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 12 jangkitan baru hari ini membabitkan kluster Sivagangga, 10 kes dicatatkan di Perlis dan 1 di Pulau Pinang.

“KKM ingin melaporkan pertambahan 13 lagi kes positif Covid-19 dalam kluster PUI Sivagangga. Daripada jumlah itu, 12 kes adalah kes baru yang dilaporkan hari ini. Sehingga 6 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, seramai 3,246 orang telah disaring dalam kluster ini.

“Daripada jumlah ini, 43 kes dikesan positif, 2,320 negatif dan 883 masih menunggu keputusan. Seramai 1,884 kontak rapat telah dikenalpasti dan bakal disampel di Perlis dan Pulau Pinang, susulan kes positif yang diumumkan hari ini.

“Pecahan kes positif kluster mengikut negeri adalah 31 kes di Kedah, 11 kes dari Perlis dan 1 kes dari Pulau Pinang,” katanya.

Beliau berkata, 10 kes baru dilaporkan di Perlis hari ini dan juga kes ke-9002 yang dilaporkan di Perlis pada 4 Ogos lalu terdiri daripada 1 keluarga.

Katanya, kes membabitkan kluster Sivagangga sudah menjangkiti sehingga generasi ke-3.

“Ini menjadikan semua 11 kes dari Perlis ini adalah daripada kluster Sivagangga. Hasil siasatan mendapati salah seorang ahli keluarga tersebut (iaitu kes ke-9,054, kes generasi ke-2) adalah pelanggan tetap gerai milik kes ke-8,976 (iaitu kes generasi pertama kluster ini).

“Ia menjadikan kes ke-9,054 tersebut sebagai kes generasi ke-2 dan 10 ahli keluarga kepada kes ke-9,054 adalah generasi ke-3 kluster ini. Semua 10 kes baru ini tidak bergejala dan dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah, Perlis, untuk rawatan.

“Manakala, 1 kes baru dari Kedah (kes ke-9,053) pula adalah kontak rapat kepada kes ke-9,035 (iaitu suami kepada kes ke-90) yang dilaporkan pada 6 Ogos 2020, manakala 1 kes baru di Pulau Pinang (kes ke-9,052) disaring kerana pada 30 Julai 2020 beliau telah pulang ke kampung halaman yang merupakan salah 1 kawasan yang kini di bawah pelaksanaan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran (Temco),” katanya.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/08/07/covid-19-kluster-sivagangga-merebak-ke-perlis-pulau-pinang/

COMMENTS