KL banjir besar lagi, Masjid Jamek sikit lagi nak tenggelam

Oleh INFORAKYAT

KL banjir besar lagi, Masjid Jamek sikit lagi nak tenggelam. Sejak pagi tadi, bandar raya Kuala Lumpur dikejutkan dengan ‘kehadiran’ fenomena hujan sehingga paras air sungai naik dengan begitu cepat di beberapa tempat.

Seperti yang sedia maklum, antara cabaran yang dihadapi di pusat bandar seperti Kuala Lumpur ketika musim hujan adalah kenaikan air banjir yang mendadak.

Umumnya, banjir di bandar dipercayai mungkin berlaku disebabkan longkang saliran air yang sudah penuh dan tidak dapat menampung jumlah air yang begitu banyak.

Justeru ketika suasana hujan pagi di Kuala Lumpur pagi tadi, ada beberapa kawasan tumpuan menjadi ‘mangsa’ dinaiki air banjir yang tidak diduga, antaranya ialah Masjid Jamek.

Menerusi sebuah ciapan yang dimuat naik oleh Asyraf Xebex di akaun Twitter miliknya, dia menunjukkan dua garis waktu berbeza pemandangan Masjid Jamek dalam tempoh 10 minit.

KL banjir besar lagi, Masjid Jamek sikit lagi nak tenggelam

KL banjir besar lagi, Masjid Jamek sikit lagi nak tenggelam

Dalam gambar pertama, kelihatan perkarangan luar Masjid Jamek sedang dinaiki air sungai berhampiran, iaitu Sungai Gombak dan Sungai Klang. Fitrahnya, peningkatan air sungai ketika hujan adalah perkara biasa.

Namun apa yang mengejutkan, ia menjadi sesuatu yang mungkin ‘luar biasa’ apabila perkarangan masjid tersebut sudah ditenggelami air sungai berkenaan hanya dalam tempoh 10 minit sahaja.

Asyraf menerangkan keadaan 10 minit kemudian menerusi satu lagi ciapan lain yang bersambung di bawah kenyataan asal tadi. Percaya atau tidak, hanya dalam 10 minit, keadaannya menjadi berbeza sama sekali.

Gambar di atas jelas menunjukkan suasana Masjid Jamek yang hampir dinaiki air ekoran hujan lebat dalam tempoh 10 minit.

Lokasi-lokasi lain yang dinaiki banjir di KL
Sementara itu, menerusi kemas kini Integrated Transport Information System (Itsis DBKL), mereka turut melaporkan beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur mula dinaiki air.

Menurut kemas kini tersebut, air hujan dipercayai naik di kawasan di dalam Bulatan Dato Onn, Jalan Ampang menuju ke Leboh Ampang dan Jalan Ampang ke Jalan Dang Wangi.

BACA:

“Veteran ATM kena sidai tengah panas, pegawai duduk dalam khemah”

Janda bagi ubat kuat pada remaja umur 16 tahun puaskan nafsu, baru kenal di Tiktok.

Muka Aliff Syukri kena cakar dengan staff sendiri, siap tunjuk bukti