K’jaan Selangor agih pelitup muka percuma kepada semua pelajar

K’jaan Selangor agih pelitup muka percuma kepada semua pelajar

Kerajaan Selangor akan mengedarkan pelitup separuh muka jenis boleh guna semula secara percuma kepada kira-kira sejuta pelajar sekolah bermula Ogos ini bagi membendung penularan pandemik Covid-19.

Menteri Besar Amirudin Shari berkata pelitup separuh muka itu hanya akan diedarkan kepada sekolah rendah, menengah dan sekolah agama kerajaan persekutuan dan negeri, manakala sekolah swasta tidak terlibat.

“Kami membuat keputusan ini setelah melihat kos pembelian pelitup separuh muka yang agak tinggi bagi sesetengah ibu bapa.

“Kita akan cuba sediakan kelengkapan ini kepada (semua) pelajar, tetapi keutamaan akan diberikan kepada pelajar yang keluarganya dalam kelompok B40,” katanya pada sidang media ketika membentangkan laporan kempen Selangor E-Bazar Raya di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, hari ini.

Mengulas kempen Selangor E-Bazar Raya yang mendapat kerjasama platform e-dagang Shopee, Amirudin berkata melalui inisiatif itu kira-kira RM341.5 juta kesan riak dihasilkan para peniaga yang menyertai bazar tersebut.

Program yang bermula Mei hingga Jun itu bermatlamat membantu peniaga yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan telah menarik 8,400 penyertaan peniaga e-dagang dengan 6,400 daripadanya turut menjalankan perniagaan secara konvensional.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/536681

COMMENTS