KJ umum suntikan dos keempat menanti kategori ini

KJ umum suntikan dos keempat menanti kategori ini. Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mempertimbangkan dos vaksin Covid-19 keempat untuk mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah.

Menteri kesihatan Khairy Jamaluddin dalam jawapan bertulis Dewan Negara pada 31 Mac, memberitahu Senator Vell Paari bahawa kerajaan masih mempertimbangkan untuk memberikan dos vaksin Covid-19 keempat kepada mereka berkategori ‘immunocompromised’ atau imun yang kurang mampu melawan jangkitan dan hanya boleh ditentukan oleh doktor yang merawat.

“Sehingga kini, tiada piawaian antarabangsa untuk menentukan jumlah dos yang akan diberikan kerana ia bergantung kepada data kajian klinikal, ‘data dunia sebenar’, dan kajian tempatan di dalam dan luar negara.

Setiap hasil kajian dibincangkan secara terperinci, terutamanya dari segi keberkesanan dan keselamatan vaksin, termasuk (tindak balasnya) terhadap varian baharu, sebelum keputusan boleh dibuat dan dilaksanakan.

“Selain itu, KKM juga melihat keputusan yang dibuat oleh agensi berkaitan di negara asing seperti Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),” kata Khairy.

KJ umum suntikan dos keempat menanti kategori ini

Program pemberian dos penggalak vaksin Covid-19 Malaysia pertama kali bermula pada 13 Oktober 2021.

Sehingga 3 April 2022, sejumlah 15,850,917 dos penggalak telah diberikan, dengan 67.4 peratus daripada jumlah populasi dewasa meningkat, menurut laman web CovidNow .

TONTON:

BACA:

Selepas setahun kahwin, Harris luah perasaan sebenar terhadap Neelofa

RFID ini hanya percubaan sahaja dahulu, kata Menteri

Meleleh buat buka puasa, ini resipi gulai ikan tongkol ‘pure’ Kelantan

CATEGORIES