Kj beri amaran gelombang baharu Covid-19 datang dalam waktu terdekat

Kj beri amaran gelombang baharu Covid 19 datang dalam waktu terdekat

Kj beri amaran gelombang baharu Covid-19 datang dalam waktu terdekat. Gelombang baharu Covid-19 di negara ini berkemungkinan berlaku lebih awal berbanding tempoh antara dua atau tiga bulan seperti diumumkan sebelum ini, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Menurutnya, ia bukan bertujuan menimbulkan perasaan panik dalam kalangan masyarakat sebaliknya, mengambil kira kepada langkah pencegahan yang perlu diambil meliputi setiap aspek oleh semua pihak.

“Perkara ini (gelombang kedua) berdasarkan peningkatan kepada lebih 2,000 kes dilaporkan dalam negara sejak tempoh tiga hari kebelakangan ini dengan dua kluster baharu yang membimbangkan iaitu kluster pendidikan dan pengajian tinggi.

“Hampir semua negeri menunjukkan peningkatan kes kecuali beberapa negeri seperti Selangor, Johor, Kedah, Terengganu dan Wilayah Persekutuan yang menunjukkan penurunan.

“Pengalaman yang kita lihat di negara lain di mana mereka juga berdepan gelombang jangkitan dari semasa ke semasa. Tujuan saya menyatakan ini adalah untuk memberi bayangan bahawa gelombang itu akan datang lebih awal lagi berdasarkan kepada ramalan yang kita sedang buat, walaupun kadar kematian, kemasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) ketika ini terkawal atau pada paras rendah,” katanya.

Kj beri amaran gelombang baharu Covid-19 datang dalam waktu terdekat

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Perkhidmatan Otorinolaringologi (ORL) dan Makmal Tidur (SL) Kluster Negeri Sembilan di Hospital Rembau di sini, hari ini.

BACA:

Perbadanan Kraftangan Malaysia nak ambil pekerja secara besar-besaran, gaji sehingga RM10K

Akhirnya Neelofa dedah sebab sebenar tak tunjuk wajah anak

Bola sepak : Bangladesh balas dendam, belasah Malaysia 6-0

CATEGORIES