Kini tinggal 20 saja MP PN yang belum dapat habuan jawatan

Kini tinggal 20 saja MP PN yang belum dapat habuan jawatan

Semalam, Malaysiakini telah menerbitkan laporan mengenai bagaimana kerajaan Muhyiddin-Azmin mengagihkan ghanimah kepada ahli Parlimen Perikatan Nasional.

Pautan: https://www.malaysiakini.com/news/526532

Menurut laporan tersebut, daripada 113 MP PN, seramai 90 orang telah dilantik sebagai Menteri, Timbalan Menteri, Duta Khas dan Pengerusi GLC/agensi/badan berkanun sejak kerajaan Muhyiddin-Azmin ini ditubuhkan.

Ini bermakna 79.65 peratus MP PN mendapat jawatan.

Hari ini, angka tersebut telah meningkat. 82.3 peratus MP PN sudah dapat jawatan. Ya, perbezaan hanya dalam masa sehari!

Pautan: https://www.malaysiakini.com/news/526759

Kini, hanya 20 orang MP PN yang masih belum dilantik apa-apa jawatan setakat 21 Mei 2020, 4:52 petang.

Rakyat menunggu lantikan-lantikan seterusnya! 20 sahaja lagi, mesti boleh capai 100 peratus!

COMMENTS