Kini rakyat boleh mula tengok subsidi di bil TNB masing-masing

Kini rakyat boleh mula tengok subsidi di bil TNB masing masing

Kini rakyat boleh mula tengok subsidi di bil TNB masing-masing. Kadar subsidi yang dibayar kerajaan bagi tarif elektrik akan dipaparkan dalam akaun bil pengguna bermula bulan hadapan.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, langkah itu dilaksanakan sebagai penjelasan kepada rakyat yang selama ini tertanya-tanya mengenai pemberian subsidi tarif elektrik.

“Ramai yang bertanyakan mengenai subsidi tarif elektrik ini kerana sebelum ini mereka tak nampak.

“Sebab itu mulai bulan depan kita putuskan agar dalam bil itu nanti akan dicatatkan berapa kerajaan akan subsidi bagi setiap pengguna.

“Contohnya kalau pengguna tu pakai 300 kilowatt jam (kWJ), jumlah keseluruhan subsidi yang dibayar kerajaan akan ditulis di situ,” katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam program Mesra Rakyat Keluarga Malaysia (zon tengah) Kementerian Tenaga dan Sumber Asli di Padang Dewan Serbaguna Sungai Kerang dekat Trong di sini pada Selasa.

Kini rakyat boleh mula tengok subsidi di bil TNB masing-masing

Takiyuddin berkata, rakyat perlu tahu bahawa kerajaan ketika ini bukan sahaja terpaksa menanggung kos tambahan bagi penjanaan elektrik, tetapi masih mampu memberikan rebat bagi mengurangkan beban pengguna.

Katanya, kos penjanaan elektrik bagi Januari hingga Jun tahun ini telah mencecah RM7 bilion dan daripada jumlah itu, kerajaan menanggung RM5.8 bilion manakala RM1.2 bilion diagihkan kepada industri-industri besar.

“Kenaikan kos penjanaan elektrik ini dapat diurus secara lebih teratur menerusi Mekanisme Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) yang membolehkan kos-kos berkenaan dikaji setiap enam bulan.

BACA:

Ahli Parlimen Umno dilantik Pengerusi TNB yang baharu

Terkini !!! CEO TNB letak jawatan

Saham TNB merosot selepas Mahdzir dilantik pengerusi TNB?

CATEGORIES