Kini lesen memandu Malaysia boleh guna di Maldives

Kini lesen memandu Malaysia boleh guna di Maldives

Kini lesen memandu Malaysia boleh guna di Maldives. Mulai 12 September 2022 nanti, Malaysia dan Republik Maldives akan mendapat pengiktirafan bersama lesen memandu domestik yang dikeluarkan oleh setiap negara.

Memetik perkongsian Facebook Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, berita baik ini merupakan Perjanjian Pengiktirafan Bersama (MRA) dua hala pertama Malaysia dengan negara asing.

Pemegang lesen sah boleh terus menggunakan ‘lesen memandu domestik’ masing-masing dan memandu kenderaan bermotor yang dibenarkan di negara masing-masing tanpa perlu melalui proses tambahan bagi mendapatkan atau membuat sebarang pertukaran lesen memandu.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Pengangkutan dan Penerbangan Awam Maldives, Puan Yang Terutama, Aishath Nahula kerana sudi hadir untuk menandatangani MRA bersama saya di Kementerian Pengangkutan (MOT) hari ini.

“Kami berharap akan mempunyai lebih banyak peluang untuk bekerjasama dengan Maldives khususnya dalam sektor pengangkutan,” kata YB Datuk Seri Wee Ka Siong.

Kini lesen memandu Malaysia boleh guna di Maldives

Tambah beliau lagi, MRA ini akan memberi kemudahan kepada rakyat kedua-dua negara yang sekaligus dapat menyumbang kepada pembangunan sektor sosial dan ekonomi Malaysia serta Republik Maldives.

Untuk makluman, Malé ialah ibu kota dan bandar paling ramai penduduk di Maldives. Dengan jumlah populasi 252,768 orang dan keluasan 8.30 kilometer persegi, ia juga merupakan salah satu bandar paling padat penduduk di dunia.

BACA:

Baby Shima gelek macam pelakon lucah, penonton jadi malu terus tertunduk

Tok Mat umum letak jawatan pula..

Fatin Afeefa menangis dalam live kena ejek leher berkerak oleh netizen

CATEGORIES