‘Khemah besar’ : Ini pendirian terkini Pas

Khemah besar Ini pendirian terkini Pas

‘Khemah besar’ : Ini pendirian terkini Pas. Pas kekal berpendirian menolak kerjasama antara pembangkang di bawah ‘khemah besar’ bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, keputusan Pas telah dimaklumkan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pertemuan sebelum ini dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu menerima penolakan tersebut.

“Kita dimaklumkan, kita tahu (khemah besar), kita bincang bersama dan kita buat keputusan tidak setuju khemah besar dan Muhyiddin menerima pandangan kita,” katanya selepas menyampaikan kuliah mingguan di Masjid Rusila di sini pada Jumaat.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, pihaknya tidak bersikap menyembunyikan perbincangan dan perjumpaan yang diadakan dengan parti politik atau pihak tertentu.

“Kami tidak sembunyi-sembunyi, pihak yang ada hubungan dengan kita, kita lapor, yang berhubung dengan Pas pun kita lapor, yang berhubung dengan dia pun dilapor dan kita buat keputusan bersama,” katanya.

'Khemah besar' : Ini pendirian terkini Pas

Beliau sebelum ini menegaskan Pas tidak akan menyertai kerjasama politik atau ‘khemah besar’ yang dilapor dicadangkan pemimpin pembangkang tertentu untuk menghadapi Barisan Nasional (BN) pada PRU15 akan datang.

Jelasnya, Pas akan terus mempertahankan agenda perpaduan ummah dengan hanya bekerjasama dengan parti-parti terbesar orang Islam iaitu Bersatu dan UMNO, selain badan-badan bukan kerajaan Islam dan kumpulan serta parti bukan Islam yang tidak ekstrem.

Sementara itu, Abdul Hadi berkata,,Pas tidak bimbang risiko kekalahan dalam PRU jika hanya terus bersama Perikatan Nasional (PN) tanpa gabungan dengan parti pembangkang lain.

Jelas beliau, Pas telah melakukan ‘post mortem’ dalam tiga Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sabah, Melaka dan Johor yang lepas dan mendapati pengundi Pakatan Harapan (PH) tidak lagi mengundi parti tersebut.

BACA:

Ahli Kimia dedah rahsia cara cuci buah, sayuran dari racun yang betul

Orang ramai mula terasa kenaikan harga roti canai

Johan berjaya islamkan pembantu rumah sendiri

CATEGORIES