Khayal main telefon, wanita tak sedar rupanya eskalator dah lama berhenti undang reaksi netizen

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Sesibuk mana pun kita, namun kita dinasihatkan untuk tidak menggunakan telefon bimbit ketika memandu atau ketika berjalan

kerana apabila mata kita tidak memandang ke depan, ia boleh menyebabkan kemalangan.

Seorang wanita di Filipina pula telah menjadi perhatian ramai pengguna media sosial apabila dia tidak sedar

Khayal main telefon, wanita tak sedar rupanya eskalator dah lama berhenti undang reaksi netizen

bahawa eskalator yang dinaikinya telah berhenti gara-gara dirinya yang terlalu fokus melihat skrin telefon bimbitnya.

Gelagat wanita itu telah sempat dirakam oleh orang awam yang turut berada di kawasan itu sebelum video tersebut dikongsikan di media sosial.

Dapat dilihat, orang awam di sekitar wanita itu yang turut menaiki eskalator itu telah bergerak ke atas secara manual kerana tangga bergerak itu telah berhenti berfungsi, namun wanita itu pula tetap berdiri di atas eskalator sambil memegang telefon.

Gelagat wanita itu telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial.

Walaupun ramai yang terhibur dengan wanita itu, namun tak kurang juga ada yang berpendapat bahawa tindakan wanita itu yang tidak endah dengan keadaan sekeliling boleh menyusahkan orang lain.

BACA: “Semua berubah bila PKP mula, gaduh-gaduh sikit tu biasa la rumahtangga, aku tak pernah jangka isteri buat hal, dia kantoi curang dengan client..”