Khai Bahar tinggalkan peminat semata-mata nak tengok Hawa live

Oleh INFORAKYAT

Khai Bahar tinggalkan peminat semata-mata nak tengok Hawa live. SEJAK timbul gosip mengaitkan penyanyi Khai Bahar dan pengacara Hawa Rizwana, peminat sentiasa memerhatikan gerak geri dua selebriti ini yang dianggap sepadan sekiranya mereka bersama.

Terbaharu, peminat ‘tangkap’ Khai atau Muhammad Khairul Baharuddin, 28, yang dilihat tergesa-gesa menghentikan video siaran langsung sedang dibuat semata-mata untuk menonton Hawa yang juga sedang live di TikTok baru-baru ini.

“Hawa tengah live ke? Okaylah guys Khai nak tengok Hawa live. Bye,” katanya sebelum mengakhiri video berkenaan.

Rakaman tersebut sempat dirakam peminat yang kemudiannya memuat naik video reaksinya itu menerusi akaun dengan nama @allaboutKhaiHawa di TikTok.

Khai dan Hawa digosipkan bercinta.

Khai Bahar tinggalkan peminat semata-mata nak tengok Hawa live

Sementara itu, video reaksi Khai itu turut disunting dengan menggabungkan reaksi Hawa apabila diberitahu peminat penyanyi itu sedang menonton video siaran langsungnya.

Sejurus mendapat tahu mengenai perkara itu, Hawa kelihatan gugup dan memberitahu akan bertanya sendiri kepada Khai sekiranya apa diberitahu peminat benar atau sebaliknya.

Malah Hana secara berseloroh sempat membetulkan kedudukan tudung yang dipakai serta memberitahu berasa malu apabila Khai menonton videonya.

“Tadi Khai cakap nak tengok live Hawa? Ye ke? Ala malulah.

Netizen teruja tengok Hawa Rizwana muncul dalam MV Khai Bahar

“Korang main-main ke betul-betul ni? Kejap tanya dia. Ah malu. Korang main-main, kan? Okay kalau Khai WhatsApp Hawa… Alamak saya kena betulkan tudung ni,” katanya.

Menjengah di ruang komen, rata-rata peminat terhibur melihat aksi Hawa yang dikatakan gelabah dan malu-malu apabila mendapat tahu Khai sedang menontonnya secara live di TikTok.

Hawa muncul dalam muzik video terbaharu Khai, Oh Wanita.

“Alaa tak boleh berhenti tengok reaksi mereka comel gila. Dua-dua excited dan malu-malu.

“Alahai comel sangat. Wah, so sweet. Comel la dua-dua ni,” tulis netizen.

Untuk rekod, Hawa muncul sebagai heroin dalam muzik video Khai bertajuk Oh Wanita sehingga ramai mengusik kedua-dua selebriti popular ini ada hubungan.

Bagaimanapun Khai hanya menganggap ia sebagai gurauan daripada peminat.

BACA:

Usia 104 masih jadi nelayan, ramai kagum tengok makcik tua ni

“Tak penat ke jadi muda?” – Amy Mastura rupanya dah usia 51 tahun

“Ni nak tala ke sapa bagi tengok?” – Lampu isyarat condong ke bawah jadi bahan ketawa