KFC tak sangka ini punca jualan ayam goreng di seluruh dunia merudum

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Yum Brands melaporkan penurunan mengejut dalam jualan kedai sama di seluruh dunia apabila rangkaian KFC

Mereka menghadapi permintaan yang lembap di Amerika Syarikat (AS) dan jualan antarabangsa yang tidak stabil.

Di AS, jualan kedai sama KFC merosot sebanyak lima peratus, menandakan penurunan untuk suku ketiga berturut-turut tahun ini.

Penurunan tersebut berlaku walaupun Yum telah melancarkan tawaran AS$5 pada Ogos bagi dua item baharu

Di bawah menu nilai ‘Rasa KFC’, termasuk pek lapan ketul nuget ayam dan mangkuk nuget ayam, selain hidangan dua ketul paha dan dada ayam.

KFC tak sangka ini punca jualan ayam goreng di seluruh dunia merudum

Syarikat itu bertindak balas terhadap ‘perang nilai’ yang berterusan dalam industri makanan segera dengan persaingan dari syarikat seperti McDonald’s dan Burger King.

Seperti kebanyakan rangkaian makanan segera lain, KFC telah berdepan dengan pengunjung yang mencari tawaran dan diskaun bagi mengatasi harga menu yang kekal tinggi.

Sebaliknya, rantaian makanan Taco Bell milik Yum menunjukkan prestasi positif. Jualan kedai sama di AS meningkat empat peratus, mencatatkan kenaikan suku ke-11 berturut-turut.

Secara keseluruhan, jualan setanding syarikat di seluruh dunia menurun dua peratus, berbanding jangkaan pasaran untuk kenaikan 0.23 peratus, menurut data daripada LSEG.

Saham Yum jatuh kira-kira satu peratus dalam dagangan prapasaran. Setakat tahun ini, saham syarikat tersebut telah meningkat sebanyak 1.6 peratus.

Di pasaran antarabangsa, syarikat induk Pizza Hut ini berdepan kesan berpanjangan daripada boikot berkaitan perang Israel di Gaza.

Kesan jualan akibat konflik tersebut turut dirasai di beberapa pasaran lain selain Malaysia, Indonesia, dan Asia Barat, menurut eksekutif syarikat pada Ogos.

Syarikat induk Burger King, Restaurant Brands International, tidak mencapai jangkaan hasil suku tahunan, manakala McDonald’s melaporkan penurunan jualan global suku tahunan terbesar dalam empat tahun pada minggu lalu.

Tanpa mengambil kira item-item tertentu, Yum memperoleh AS$1.37 sesaham pada suku ketiga yang berakhir pada 30 September.

Penganalisis secara purata menjangkakan keuntungan sebanyak AS$1.41 sesaham.

BACA: Trump akhirnya menang Pilihan Raya Presiden dengan 270 undi cetus kejutan di seluruh dunia