KFC pertama dibuka semula tapi pelik beroperasi tanpa muka ‘atok’

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama beroperasi semula selepas ditutup buat sementara waktu

susulan siri tunjuk perasaan pro-Palestin pada minggu lalu.

Restoran yang terletak di Dely Ibrahim, pinggir bandar Algiers itu didapati beroperasi tanpa menggunakan

logo Kolonel Sanders pada premis restorannya.

Pengasas KFC iaitu Kolonel Sanders berasal dari Amerika Syarikat (AS) dan meninggal dunia pada 1980.

KFC pertama dibuka semula tapi pelik beroperasi tanpa muka 'atok'

Namun, masih tidak jelas lagi sama ada restoran tersebut telah bertukar milik atau kekal di bawah payung syarikat induk KFC, Yum! Brands.

Restoran itu sebelum ini diboikot kerana didakwa mempunyai kaitan dengan Israel walaupun beroperasi di AS.

BACA: Pecah dan jual tanah rizab Melayu kepada bukan Melayu, SPRM tangkap bekas penjawat awam