Ketua Perisikan Ukraine dedah Putin bakal digulingkan

Oleh INFORAKYAT

Ketua Perisikan Ukraine dedah Putin bakal digulingkan. Ketua perisikan Ukraine mendakwa satu rancangan rampasan kuasa untuk menyingkirkan Presiden Russia, Vladimir Putin sedang giat dilaksanakan.

Malah, Mejar Jeneral Kyrylo Budanov turut mendakwa Russia akan kalah dalam peperangan di Ukraine menjelang akhir tahun ini.

Memetik laporan Daily Mail, Budanov percaya titik perubahan konflik itu akan berlaku pada akhir musim panas ini yang menyaksikan Putin digulingkan daripada jawatan tertinggi negara.

“Situasi dijangka menjadi kritikal pada separuh kedua Ogos.

“Kebanyakan pertempuran akan tamat menjelang akhir tahun ini dan ia akan membawa perubahan dalam kepimpinan Persekutuan Russia. Proses ini sudah pun dilancarkan.

“Oleh itu, kami akan memperkukuhkan lagi kuasa tentera di semua wilayah,” katanya kepada Sky News.

Ketua Perisikan Ukraine dedah Putin bakal digulingkan

Dalam pada itu, seorang oligarki Russia yang enggan namanya disiarkan mendakwa Putin menghidap kanser darah dan keadaan kesihatannya semakin merosot.

Difahamkan, oligarki itu mempunyai hubungan rapat dengan Kremlin dan hanya dikenali sebagai Yuri.

Dakwa Yuri, Putin menghadapi beberapa masalah kesihatan yang dikaitkan dengan penyakit kanser darah.

Sementara itu, Budanov juga mendakwa Putin menghidap kanser dan penyakit lain.

Katanya, keadaan fizikal dan psikologi pemimpin Russia itu kini sangat teruk.

Terdapat laporan mendakwa Putin juga menghidap penyakit Parkinson

BACA:

Selamat Hari Guru, ini model kereta pilihan ramai cikgu Malaysia

Cara sebenar buat aduan jika barang online yang anda pesan lambat sampai

Orang ramai terkejut tengok wajah ibu Izara, “macam adik beradik..”