Ketua Pemuda Pas angkat sumpah senator hari ini

Ketua Pemuda Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara pagi ini.

Beliau juga Ahli Lembaga Pengarah GLC Kedah, Bina Darulaman Berhad (BDB) berkuatkuasa 6 September lalu.

Bekas calon bagi kerusi Parlimen Gombak pada PRU-14 berkenaan memperoleh 17,537 undi dalam pertandingan tiga penjuru yang dimenangi Datuk Seri Azmin Ali yang ketika itu calon PH.

Khairil, 41, yang lahir di Kampung Tengku Hussein, Ipoh merupakan bekas jurutera Petronas.

Keanggotaan Dewan Negara terbahagi kepada dua, iaitu 26 dipilih oleh 13 DUN seluruh negara dengan setiap negeri diperuntukkan dua kerusi, sementara 44 lagi dilantik dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Berita penuh : https://malaysiadateline.com/ketua-pemuda-pas-dilantik-senator/