Ketua parti politik beri taklimat kepada MP malam ini

Beberapa parti politik dijangka mengadakan mesyuarat masing-masing untuk membincangkan langkah lanjut masing-masing selepas pemimpin mereka menghadap Yang di-Pertuan Agong awal petang tadi.

Seorang sumber memberitahu Malaysiakini, Umno kesemua 38 ahli parlimen Umno akan bertemu di ibu pejabat parti terbabit di tengah Kuala Lumpur pada jam 8.30 malam ini.

“Semua 38 ahli parlimen Umno akan bertemu malam ini,” kata sumber itu.

Ketua parti politik beri taklimat kepada MP malam ini

Sementara itu, sumber DAP juga berkata setiausaha agung parti itu, Lim Guan Eng akan memberikan taklimat secara dalam talian bersama semua ahli parlimen mereka malam ini.

“Kami akan mengadakan mesyuarat dalam talian pada jam 8.30 malam,” kata salah seorang ahli parlimen DAP melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

Di pihak Amanah pula timbalan presiden parti itu, Salahuddin Ayub, memberitahu presiden mereka, Mohamad Sabu, akan memberi taklimatnya kepada 10 ahli parlimen yang lain.

“Kami akan mengadakan mesyuarat dalam setengah jam lagi,” kata ahli parlimen Pulai itu ketika dihubungi Malaysiakini awal malam ini.

Ketika berita ini disiapkan, PKR masih belum memutuskan untuk mengadakan pertemuan, kata pengarah komunikasinya, Fahmi Fadzil.

Terdahulu, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan menerima menghadap pemimpin parti politik di Istana Negara susulan peletakan jawatan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri semalam.

Muhyiddin – yang kini menjadi perdana menteri sementara – berbuat demikian selepas kehilangan sokongan majoriti ahli parlimen apabila hanya 100 orang yang berada di belakangnya.

Sejurus selepas pertemuan di antara Agong dan pemimpin parti, Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata baginda bertitah supaya semua ahli politik untuk bersatu menentang Covid-19 dan menempa “politik baru”.

Anwar berkata, semua yang hadir juga mempunyai persetujuan untuk menghentikan “politik lama”.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/587580

BACA JUGA : KKM kesan 43 kes melibatkan varian Delta

CATEGORIES