Ketua-ketua parti GRS dilantik Timb Ketua Menteri Sabah

Ketua-ketua parti GRS dilantik Timb Ketua Menteri Sabah

Ketua BN Sabah, Bung Moktar Radin, bersama Presiden STAR, Jeffrey Kitingan, dan Naib Presiden PBS, Joachim Gunsalam dilantik sebagai timbalan ketua menteri Sabah hari ini.

Bung akan memegang portfolio perumahan dan kerajaan tempatan, Jeffrey diberi portfolio pertanian dan perikanan, manakala Gunsalam bertanggungjawab ke atas pembangunan perindustrian.

Sementara itu, Timbalan Ketua PPBM Sabah, Masidi Manjun, mengangkat sumpah sebagai menteri kerja raya, diikuti Setiausaha Agung PBS, Jahid Jahim, sebagai menteri luar bandar.

Mereka mengangkat sumpah jawatan selepas Pengerusi Perikatan Nasional Sabah, Hajiji Noor, mengangkat sumpah ketua menteri di hadapan Yang di-Pertua Juhar Mahiruddin di Istana Negeri hari ini.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/09/29/bung-jeffrey-gunsalam-dilantik-timbalan-km-sabah/

COMMENTS