Pekerja pembersihan adalah antara wira yang tidak didendang dan sering dipandang sepi dalam masyarakat.
Walaupun kerjaya ini tidak glamor dan sering dikaitkan dengan kekotoran, jasa mereka sebenarnya sangat besar kepada pembangunan negara.
Di platform X, seorang individu berkongsi tentang penderitaan yang dihadapi oleh pekerja pembersihan di tempat kerjanya.
Menurutnya, seorang pekerja wanita yang sudah lanjut usia tetap gigih datang bekerja walaupun keadaan kesihatannya semakin merosot.
“Makcik cleaner di pejabat saya sangat baik. Dia orang tua. Hari-hari dia masuk kerja dari pukul 7 pagi sampai 7 malam. Naik bas.
“Kaki mengengsot sebab takut nak pergi hospital. Kalau kena jalani pembedahan, nanti nak cari duit macam mana?
“Cleaner syarikat saya pun wanita tempatan yang sudah tua… sedih tengok orang seusia itu masih bekerja.
“Jadi, dia memang layak menerima bayaran yang baik untuk kerja kerasnya,” ciap individu itu.
Dia berkongsi kisah ini sebagai respons kepada pendapat seorang pelayar X tentang pekerja pembersihan yang seharusnya diberi gaji RM2,000 sebulan.
Ramai netizen juga menzahirkan rasa sayu membaca kisah tersebut dan berharap kerja keras golongan ini sentiasa dihargai oleh masyarakat.
“Pukul 7 pagi sampai 7 malam? Lamanya waktu kerja makcik tu.
“Syarikat dia tidak menyediakan perlindungan perubatan ke?
“Sedihnya… awak patut kumpul dana untuk merawat kaki dia,” cadang seorang netizen.
Dalam pada itu, beberapa pelayar X turut berkongsi kisah mengenai pekerja pembersihan di tempat mereka.
“Masa saya intern, ada seorang makcik cleaner yang sangat baik. Dia nak beli payung pun tak mampu.
“Makcik cleaner dekat kolej saya juga sangat baik. Saya selalu tegur jika terserempak dengan mereka.
“Cleaner syarikat saya pun wanita tempatan yang sudah tua. Sedih tengok orang seusia itu masih bekerja,” kongsi netizen yang lain.
BACA: Dakwa tak mampu bayar yuran, pelajar universiti kantoi guna RM30000 bantuan NGO untuk judi online