Kesatupaduan WARISAN Plus cetus gelombang positif

Kesatupaduan WARISAN Plus cetus gelombang positif

Kepaduan dalam WARISAN Plus mampu melahirkan satu gelombang besar dalam perjuangan tanpa mengira batasan agama dan kaum.

Katanya, walalupun tanpa calon WARISAN sendiri di kawasan Tamparuli dan Kiulu, kebulatan dalam perjuangan tetap dapat dipaparkan kepada masyarakat di kedua-dua kawasan.

“Kali ini cukup nyata tidak kira siapa calon, kita tetap berpadu untuk memastikan kita dapat tumbangkan UMNO dan rakan-rakan mereka.

“Perkara ini penting untuk kita tentukan hala tuju dari segi pembangunan, kemajuan dan usaha membantu rakyat Sabah dapat ditingkatkan serta diteruskan,” katanya.

Majlis berkenaan turut dihadiri Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau yang bertanding untuk kerusi Kiulu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

Dalam pada itu Shafie berkata, tindakan beberapa cawangan UMNO dan cawangan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) menyertai WARISAN dan UPKO dilihat sebagai satu perkembangan sihat kepada perjuangan WARISAN Plus.

“Saya yakin ini dapat memantapkan lagi perjuangan kita di Sabah dan berharap membawa kepada pembentukan sebuah kerajaan yang mantap dengan kepaduan kita.

“Ini juga sejajar dengan motto kita ‘In God We Trust, Unite We Must’ bagi memastikan supaya pembelaan kepada rakyat di Sabah dan negeri ini dapat dipertahankan dengan kepaduan tenaga kita,” jelasnya.

Pada majlis itu, Shafie turut melancarkan Pelan Pembangunan Strategik Daerah Kecil Kiulu.

Turut hadir calon WARISAN Plus dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Alijus Sipil.

Berita penuh : https://www.utusanborneo.com.my/2020/09/17/kepaduan-warisan-plus-bawa-gelombang-besar-shafie

COMMENTS