Kes tengah berjalan, kecoh Johnny Depp jalin hubungan dengan peguam cantiknya

Kes tengah berjalan, kecoh Johnny Depp jalin hubungan dengan peguam cantiknya. Kes perbicaraan antara pelakon terkenal Johnny Depp dan bekas isterinya, Amber Heard dikhabarkan masih berjalan di Mahkamah Fairfox, Virgina. Meskipun kes perbicaraan tersebut sedang berjalan, timbul pula kontroversi dan dakwaan mengenai hubungan yang terjalin di antara pelakon ‘Pirates of the Caribbean’ ini dengan seorang peguam yang mewakilinya iaitu Camille Vasquez.

Sedang jalin hubungan cinta?

Menerusi laporan Hollywood Life, peminat membuat teori mengenai hubungan cinta itu selepas membaca bahasa badan pelakon berkenaan dengan peguam wanitanya. Malah, Johnny Depp dilihat membalas senyuman kepada wanita tersebut ketika meninggalkan mahkamah.

Bagaimanapun, individu yang rapat dengan Camille tampil menegaskan bahawa wanita tersebut sudah mempunyai teman lelaki. Tambah individu berkenaan, Camille dan Johnny Depp tidak mempunyai hubungan istimewa. Bahkan, Camille sekadar peguam yang dilantik sahaja untuk membantu kes perbicaraan Johnny Depp dengan bekas isterinya.

Kes tengah berjalan, kecoh Johnny Depp jalin hubungan dengan peguam cantiknya

Terdahulu, Amber Heard mendakwa dia dikasari dan dipukul oleh bekas suaminya ketika mereka masih berkahwin dan tinggal bersama

. Gara-gara pendedahan tersebut, kerjaya Johnny Depp dilihat semakin malap. Susulan daripada itu, Johnny Depp bertindak memfailkan saman terhadap bekas isterinya untuk membersihkan semula namanya.

BACA:

Maria Farida dah capai usia 53 tahun, “hari-hari orang tanya, tak tahu nak jawab apa”

Padah Jeneral derhaka dengan pemimpin Korea Utara, sekali kena campak dalam kolam Piranha

Kecoh Rosnah Mat Aris bomohkan suami, ini respon tuan badan

CATEGORIES