Kes rasuah kuota pekerja asing, netizen persoal ‘macam mana lelaki Bangladesh boleh dapat Datuk?’

Oleh INFORAKYAT

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman seorang pengarah syarikat bergelar Datuk

Mereka yang disyaki mengemukakan dokumen palsu dalam permohonan kuota pekerja asing

untuk kelulusan Kementerian Sumber Manusia bernilai sekitar RM1.1 juta.

Perintah reman selama enam hari, sehingga 17 November, dikeluarkan oleh Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali

selepas SPRM memohon reman di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor, hari ini.

Kes rasuah kuota pekerja asing, netizen persoal 'macam mana lelaki Bangladesh boleh dapat Datuk?'

Menurut sumber, lelaki berusia 40-an yang juga merupakan warga Bangladesh itu ditahan sekitar jam 9 malam Isnin ketika hadir memberi keterangan di SPRM Selangor.

“Suspek dipercayai melakukan perbuatan itu sekitar tahun 2023 dengan mengemukakan dua permohonan kuota yang melibatkan 600 pekerja asing. Walau bagaimanapun, pembekalan tenaga kerja yang dipohon untuk projek tersebut tidak wujud,” kata sumber itu.

Dua permohonan tersebut melibatkan pembayaran levi berjumlah kira-kira RM650,000 dan RM460,000.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim, ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan menyatakan bahawa kes ini disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009..

BACA: ‘Aku kecik hati sangat, aku sokong dia sampai jadi orang yang dia jadi sekarang, tapi isteri tak pernah hargai’