Kes qunut nazilah, bukti penyakit ‘Khawarij’ Pas sukar diubati

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Semakin ramai ilmuan bangkit perbetul kesesatan PN-PAS dalam isu Qunut Nazilah antaranya 4 mufti, beberapa akademis, ilmuan dan guru2 pondok.

Bukan sebab Mufti ‘takut’ dengan doa PAS itu, tapi ini usaha selamatkan masyarakat dari kesesatan politik Khawarij PAS.

Amalan doa itu baik, tetapi mendoakan kehancuran umat Islam lain itu bersalahan dengan sunnah yang ditunjukkan oleh Nabi saw.

“Sesungguhnya akan ada suatu kaum yang melampaui batas dalam BERDOA dan bersuci.”(HR Abu Daud & Ibn Majah. Di Sahihkan oleh Albani).

Abu Jahal yang musyrik pun berdoa kepada Allah agar menghancurkan Nabi Muhammad sewaktu Perang Badar. Begitu juga Khawarij yang menentang Saidina Ali.

Kes qunut nazilah, bukti penyakit 'Khawarij' Pas sukar diubati

Qunut Nazilah dibaca selama sebulan oleh Nabi saw kepada kabilah yang membunuh 70 guru Al-Quran dalam peristiwa Bi’r Maunah kerana kejahatan yang melampau.

Nabi saw juga berdoa yang baik kepada orang yang belum menganuti Islam setelah dakwah ditolak dengan sangat kasar dan baginda direjam dengan batu di Ta’if. Doa Nabi: “Ya Allah, berilah petunjuk kepada kaumku kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui.”

Teruskanlah Qunut Nazilah di masjid2 membela saudara kita di Pal-es-tin kerana itulah sunnah yang diajar.

Hari ini PAS doakan kehancuran kerajaan, waktu lain MB PAS berjumpa dengan PMX dengan ‘lembik tengkuk, cium tangan’ minta dibantu negeri2 PAS. Hipokrit.

Sebenarnya, insiden ini ‘gejala/simptom’ penyakit ‘Khawarij’. Seperti simptom demam kerana antibodi badan melawan penyakit yang lebih besar. Penyakit itulah yang kena ubati.

Biasanya PAS tuduh lawan politiknya ‘lawan Ulama’, kali ini PAS memilih untuk lawan kesemua mufti yang tolak perbuatan sesat PAS itu.

Sama dulu seperti JK Fatwa ‘sesatkan’ ‘Amanat Haji Hadi’. Asatizah perlu bangkit dan selamatkan masyarakat agar tidak terjebak dengan apa yang telah diingatkan oleh Rasulullah saw perihal Ghuluw kerana inilah yang menjahanamkan umat2 sebelum kita.

Ramai yang telah keluar PAS mengucap syukur diselamatkan oleh Allah dari ketaksuban yang menyesatkan dan membutakan ini. Alhamdulillah.

BACA: Durian runtuh! Warga emas usia 80 tahun kahwini anak dara 18 tahun dengan mas kahwin RM57,000