Kes pindaan audit 1MDB : Najib mahu singkir Sri Ram dari pasukan pendakwaan

Kes pindaan audit 1MDB : Najib mahu singkir Sri Ram dari pasukan pendakwaan

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan afidavit sokongan daripada bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berhubung pertuduhan kes rasuah membabitkan 1Malaysia Development Berhad 1MDB yang dihadapinya untuk menyingkirkan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai pasukan pihak pendakwaan.

Hakim, Mariana Yahya kemudian menangguhkan pendengaran untuk penyingkiran itu pada 13 Julai depan.

Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu perkara itu kepada pemberita, selepas pengurusan kes semakan kehakiman yang difailkan Najib bagi menyingkirkan Sri Ram.

Mahkamah menangguhkan pendengaran itu bagi membolehkan Pejabat Peguam Negara membuat persediaan, susulan pemfailan afidavit Apandi itu.

Pada 14 Jun lalu, pasukan pembelaan Najib dilaporkan turut memfailkan permohonan untuk menyingkirkan Sri Ram daripada pasukan pendakwaan dalam kes pinda laporan audit 1MDB terhadap Najib.

Permohonan itu disokong oleh afidavit Apandi.

Dalam afidavit itu, Apandi yang mendakwa dalam hantaran dibuatnya di media sosial, bahawa pada Januari 2018, Sri Ram cuba memujuknya untuk mengarahkan penangkapan Najib yang ketika itu masih Perdana Menteri.

Apandi mendakwa Sri Ram berbuat demikian atas arahan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam pada itu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada mulanya dijadualkan untuk mendengar satu lagi permohonan Najib untuk menyingkirkan Sri Ram daripada perbicaraan berkaitan 1MDB terhadap beliau.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/89979/BERITA/Mahkamah/Mahkamah-tangguh-pendengaran-permohonan-Najib-singkir-Sri-Ram

 

COMMENTS