Kes kena scam dengan kontraktor tak selesai lagi, DSV kena scam di London pula

Oleh AHMAD SULAIMAN

Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida atau lebih dikenali sebagai DSV, baru-baru ini berkongsi pengalaman pahitnya

ketika bercuti di London, di mana beliau menjadi mangsa penipuan.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok, DSV menceritakan bagaimana beliau menaiki beca untuk bersiar-siar di sekitar kota London.

Namun, keadaan menjadi tidak menyenangkan apabila beliau dikenakan caj yang sangat tinggi, iaitu sebanyak 235 GBP (British Pound Sterling)

Bersamaan dengan RM1,322.92, hanya untuk perjalanan selama 10-15 minit.

Kes kena scam dengan kontraktor tak selesai lagi, DSV kena scam di London pula

“Sebelum kejadian, saya nak naik beca di London untuk pusing-pusing kota. Saya sangat teruja.

Masa itu, semuanya nampak okay. Dia kata perjalanan dalam 10-15 minit. Saya pelik sebab kenapa tak ramai orang yang naik. Semua orang pandang saya naik beca itu. Tak ada orang pun yang ikut.

Bila sampai, saya tanya berapa cajnya, saya bagitau saya student supaya dapat diskaun. Tapi mereka tak percaya saya ni student. Saya dikenakan caj 235 pound. Harga macam tu saya terkejut. D

alam masa 10-15 minit je, harga tu tak munasabah. Kalau kita tukar duit kita jadi RM1300. Kalau nak naik beca di London, pastikan tanya harga dulu. Patutnya harga dalam 200 je,” kongsi DSV di TikTok.

Perkongsian DSV itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen, ramai yang memberi pesanan agar lebih berhati-hati jika bercuti di London.

“Kalau 20 pound okay lah. Lain kali tanya dulu harga sebelum naik. Itu cara nak berbelanja di mana-mana,” komen seorang pengguna.

“Saya rasa patut buat laporan polis,” kata seorang lagi.

“Haritu ada nampak orang kongsi tentang kena scam di London kalau naik beca macam ni. Hati-hati,” kata seorang netizen.

“Sedih juga, kalau saya seorang diri kat sana,” komen seorang lagi.

“Kenapa tak tanya harga dulu sebelum naik?” tambah seorang lagi netizen.

“Baru faham kenapa tak ada orang naik beca tu. Nampak macam penipuan kan,” kata seorang pengguna.

BACA: Warga emas 65 tahun menang ‘jackpot’ RM 23juta, akui dapat ilham ketika pengebumian pak cik