Kes bunuh CEO Cradle Fund: Mahkamah bebaskan Samirah dan dua anaknya. Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memutuskan untuk melepas dan membebaskan Samirah Muzaffar, dan dua anaknya berhubung kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund, Nazrin Hassan, empat tahun lepas.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ab Karim Ab Rahman ketika membacakan alasan penghakiman berkata, selepas mendengar dan keterangan saksi, pihak pendakwaan gagal mengemukakan kes prima facie terhadap mereka.
Sebelum itu, tiga tertuduh iaitu Samirah, 47, dan dua remaja yang juga merupakan anak tiri Nazrin, dilihat tiba di perkarangan Mahkamah Tinggi Shah Alam kira-kira 9.10 pagi ini.
Samirah bersama dua remaja berkenaan, masing-masing berusia 16 dan 19 tahun, dilihat tiba sambil diiringi barisan peguam serta ahli keluarga.
BACA:
Kerjasama semula dengan Azmin, ini jawapan PKR
Murah je..hanya guna sabun cap ini dah boleh hilangkan ‘watermark’ di cermin kereta