Kes baharu lebih 100 sehari, mengapa kerajaan teruskan PKPB?

Kes baharu lebih 100 sehari, mengapa kerajaan teruskan PKPB?

Hari ini bermula kelonggaran arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah diumumkan oleh Muhyiddin pada 1 Mei 2020. Ia lebih dikenali sebagai Arahan Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Namun kebimbangan dan keresahan rakyat berkaitan perkembangan ini cukup merisaukan. Apa ketidaknya, baru berapa hari kelonggaran diumumkan trend kenaikan kes terbaharu amat membimbangkan.

Menerusi ciapan di akaun twitter rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia pada 3 Mei 2020;-

Daerah zon merah kembali meningkat drpd 8 kepada 10 apabila kes aktif kembali bertambah di Petaling dan Gombak.

Perlis, Kedah, Kelantan dan Perak kekal negeri zon hijau manakala P.Pinang hanya 2 kes aktif.

#PKPB bermula esok. Laksanakan tanggungjawab anda, patuhi #SOP.

Jelas kenaikkan kepada 3 angka 2 hari berturut turut boleh menggagalkan segala usaha sepanjang arahan Perintah Kawalan Pergerakan fasa 1 hingga fasa 3. Sedangkan arahan PKP fasa 1 hingga fasa 3 yang ketat pun rakyat masih keliru inikan kelonggaran yang diberikan bermula hari ini.

Sebagai contoh Putrajaya, jumlah kes yang dicatatkan membawa kepada status Zon Merah dan kawasan ini masih ada kluster yang baharu iaitu kluster pembinaan. Ditambah lagi bermula hari ini sektor kakitangan awam dibenarkan beroperasi. Ia pasti membimbangkan.

Apakah kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa (MITI) hanya melihat faktor ekonomi semata-mata dari melihat faktor keselamatan dan kesihatan rakyat?

COMMENTS