Kes anak Najib : Peguam Negara ada kuasa mutlak untuk dakwa

Kes anak Najib : Peguam Negara ada kuasa mutlak untuk dakwa

Tarikh pihak pendakwaan membuat permohonan untuk melepaskan Riza Aziz ialah 14 Mei 2020. Pada tarikh tersebut, Peguam Negara ialah Idrus Harun, bukan Tommy Thomas.

Walaupun peguambela Riza ada membuat representasi untuk cuba menyelesaikan kes tanpa perbicaraan sejak dari tahun lepas, tetapi Peguam Negara pada ketika itu tidak pernah membuat permohonan kepada Mahkamah untuk melepaskan tanpa membebaskan Riza.

Permohonan kepada Mahkamah untuk melepaskan Riza hanya dibuat selepas pertukaran Peguam Negara.

Walaupun permohonan dibuat oleh Gopal Sri Ram, tetapi dia hanyalah pendakwaa ad-hoc, yang hanya berkuasa melakukan sesuatu atas arahan Peguam Negara. Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa kuasa untuk memberhentikan pertuduhan adalah kuasa eksklusif Peguam Negara.

Jadi kerajaan dan Peguam Negara yang ada hari ini perlu bertanggungjawab terhadap keputusan melepaskan Riza Aziz, dengan sekadar memberi syarat agar Riza membayar balik jumlah wang yang didakwa.

Dalam apa keadaan sekalipun, tak perlu spin isu ini jadi isu kepartian pula. Soal siapa yang putuskan sama ada peguam negara dahulu atau peguam negara baru (walaupun saya dah jelaskan di atas), adalah tidak relevan, sebab kalaupun ia dibuat oleh Tommy Thomas sekali pun, itu tidak menjadikan perkara yang dibuat itu menjadi betul dengan sendirinya. Seperti mana kita membantah Tommy Thomas melepaskan Guan Eng, maka demikian juga kita harus membantah keputusan melepaskan Riza Aziz.

Berdasarkan hal yang tersebut, iaitu kuasa mutlak AG untuk mendakwa atau tak mendakwa seseorang yang disyaki melakukan kesalahan, maka Malaysia masih jauh untuk menuju puncak ‘kedaulatan undang-undang’ kerana kita sedang menunggu ‘malaikat’ menjadi AG.

Maka benarlah kata2 pegawai SPRM yang memberi taklimat berkaitan integriti dalam kursus integriti di Institut Integriti Malaysia kepada kami pada tahun 2012 dulu bahawa kuasa mereka terhad dan tidak boleh memutuskan pendakwaan. Bahkan ada kes yang mereka bawa ditolak tanpa sebab.

‘Malaikat’ yang saya maksudkan bukanlah manusia yang bersih daripada nafsu, kecenderungan dan dosa, tetapi orang yang diamanahkan dengan jawatan AG seharusnya berada di bawah kawalan sistem yang memaksanya berlaku seadil yang boleh. Umpamanya dia boleh dipertanggungjawabkan untuk menjelaskan kepada Parlimen sebab2 sesuatu kes didakwa atau tidak didakwa, atau dia boleh dipertanggungjawabkan menulis alasan pendakwaan atau pengguguran kes sebagaimana hakim dipertanggungjawabkan menulis alasan penghakiman

Sumber:

COMMENTS