Kes Adib perlukan inkues yang baru – Menteri

Kes Adib perlukan inkues yang baru – Menteri

Berdasarkan kertas siasatan pihak polis mengenai kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang dirujuk semula ke Jabatan Peguam Negara, 12 orang suspek telah dituduh bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan, kata Hamzah Zainuddin.

Menurut menteri dalam negeri, keputusan itu dibuat berdasarkan pengumpulan bukti-bukti yang ada bagi mengemukakan semula kepada pihak pendakwaan.

“Kertas siasatan telah dirujuk semula ke Jabatan Peguam Negara pada 23 Julai baru-baru ini dengan cadangan-cadangan seperti berikut;

“Pertama menuduh 12 orang suspek di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan yang merusuh dan menyerang jentera bomba.

“Kedua, mengadakan inkues semula untuk siasatan lanjut jika dipersetujui AG di bawah peruntukan Seksyen 339 (2) Kanun Prosedur Jenayah,” katanya ketika sesi penggulungan perbahasan usul menjunjung kasih titah diraja bagi KDN.

Seksyen 143 Kanun Keseksaan berkaitan penyertaan dalam perhimpunan menyalahi undang-undang yang memperuntukkan hukuman sehingga enam bulan, denda atau kedua-duanya.

Muhammad Adib, 24, merupakan seorang Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan berkhidmat di Balai Bomba Subang Jaya.

Berasal dari dari Kedah, dia meninggal dunia di Institut Jantung Negara pada 17 Dis 2018 selepas 21 hari dirawat di situ kerana mengalami kecederaan semasa bertugas.

Terdahulu dia berdepan dengan rusuhan berkaitan pertikaian kuil Sri Maha Mariamman pada 26 Nov 2018.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/537310

COMMENTS