Kes Adib : 12 suspek bakal didakwa kerana sertai himpunan haram

Kes Adib : 12 suspek bakal didakwa kerana sertai himpunan haram

Nasib Perkembangan Kes Adib semakin mengecewakan?

Saya membaca laporan tentang penggulungan Menteri Dalam Negeri di Dewan Rakyat dalam menyentuh kes Saudara Adib rahimahullah.

Saya juga membaca komentar bertulis dari pengamal undang-undang di media sosial juga. Antara poin yang paling menarik perhatian saya dari kenyataan Menteri KDN PN dan tulisan sebahagian peguam adalah:

Cadangan pendakwaan semula bakal dilakukan dibawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan keatas 12 orang suspek dalam kematian Adib.

Namun Seksyen 143 ialah kesalahan kecil menyertai perhimpunan haram yang mana hukuman hanya denda atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau keduanya.

“143. Whoever is a member of an unlawful assembly, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to six months or with fine or with both.”

Ini bermaksud tiada lagi pendakwaan atas jenayah bunuh? Ia ‘diyakini’ oleh kumpulan PN secara umum bahawa Saudara Adib adalah dibunuh. Tetapi, buat ketika ini, 12 suspek yang terlibat hanya bakal didakwa atas tuduhan menyertai perhimpunan haram?

Betulkah ini yang mahu dilakukan oleh kerajaan Melayu-Islam PN pada kes Saudara Adib?!!

Sumber :

COMMENTS