Kerjasama semula dengan Azmin, ini jawapan PKR. Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR memutuskan tidak akan berbincang atau bekerjasama dengan Azmin Ali, kata Pengarah Komunikasinya, Fahmi Fadzil.
Menurut Fahmi keputusan itu dibuat dalam mesyuarat MPP yang berlangsung malam tadi.
“MPP memutuskan bahawa Keadilan tidak akan berbincang atau bekerjasama dengan Azmin Ali, yang dianggap oleh anggota, penyokong parti serta orang ramai sebagai salah satu punca utama berlakunya pengkhianatan Langkah Sheraton,” katanya dalam kenyataan media.
Minggu lalu, tular laporan mengatakan Azmin berjumpa dengan wakil PKR di Hotel Sheraton untuk menentukan arah tuju baru politiknya.
Ditanya mengenai perkara itu, Azmin berkata “saya pergi banyak hotel, saya tak ingat hotel mana yang saya pergi”
BACA:
Murah je..hanya guna sabun cap ini dah boleh hilangkan ‘watermark’ di cermin kereta
Sajat berjaya beli rumah harga berjuta-juta di Sydney, “dia bisnes apa kat sana?”