Kerjasama kami terus utuh walau blok berbeza – Khalid

Kerjasama kami terus utuh walau blok berbeza – Khalid

Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Abd Samad menegaskan dua blok pembangkang pada masa ini tetap mantap bekerjasama.

Sehubungan itu, Perikatan Nasional (PN), katanya, tidak harus terlalu bergembira dengan situasi semasa blok pembangkang.

“Saya kata pembangkang tetap mantap berkerjasama walaupun ada dua blok, maka PN janganlah bergembira sangat,” katanya dalam ciapan di Twitter.

Khalid yang juga bekas Menteri Wilayah Persekutuan berkata demikian mengulas satu laporan Malaysia Gazette yang disifatkannya amat mengecewakan.

Semalam, portal berita itu menyiarkan laporan bertajuk, “Tun Mahathir masih bersama Pakatan Harapan” berhubung pengumuman Tun Dr. Mahathir Mohamad dan parti Warisan keluar dari gabungan Pakatan Harapan (PH) sebagai blok bebas.

Laporan itu menyebut terlalu awal bagi PN bergembira dengan pengumuman tersebut.

Khalid juga dilapor Malaysia Gazette berkata, Mahathir bersama lima yang lain dan Warisan masih kekal bersama pembangkang dan mempunyai agenda sama iaitu menjatuhkan ‘kerajaan pintu belakang’ PN.

“Mutu kewartawanan amat mengecewakan. Lain yang dicakap, lain pula tajuk berita/headlines. Bila pula saya kata Tun masih bersama PH?” soal Khalid.

Berita penuh : https://malaysiadateline.com/walau-dua-blok-pembangkang-tetap-mantap-bekerjasama/

COMMENTS