Iklan tersebut juga meminta individu yang berminat untuk menghubungi mereka melalui WhatsApp.
Sebuah syarikat di Singapura sedang mencari pembuat roti canai dari Malaysia dengan tawaran gaji sebanyak RM5,000 sebulan.
Laporan dari Mothership.sg melaporkan bahawa syarikat tersebut telah meletakkan iklan di salah satu akhbar tempatan di Malaysia.
Selain dari jumlah gaji yang ditawarkan, pekerja juga akan mendapat faedah seperti makanan, ruang solat, dan tempat tinggal.
Iklan tersebut juga meminta individu yang berminat untuk menghubungi mereka melalui WhatsApp.
Tawaran gaji yang lumayan itu telah menarik perhatian ramai.
Seperti yang kita tahu, ramai rakyat Malaysia mencari peluang pekerjaan di luar negara disebabkan beberapa faktor, termasuklah gaji yang ditawarkan.
Pada Mac 2023, mantan Menteri Sumber Manusia Malaysia, V Sivakumar mendedahkan bahawa kira-kira 1.86 juta rakyat Malaysia telah berpindah ke luar negara pada 2022.
Dari jumlah tersebut, 1.13 juta di antaranya telah bekerja di negara jiran, Singapura.
Roti canai sekali lagi mencipta nama apabila meraih tempat pertama dalam Senarai Roti Terbaik Dunia 2023/2024.
Menurut TasteAtlas, hidangan yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia itu mendapat tempat teratas dengan penarafan 4.7 daripada 5 bintang.
TasteAtlas juga menyenaraikan roti nan mentega dari India dan pan de bono dari Columbia sebagai Top 3 Roti Terbaik Dunia.
Roti canai turut tersenarai sebagai antara Hidangan Sarapan Terbaik Di Dunia.
BACA: Artis wanita terkenal raih RM40,000 sebulan puaskan nafsu orang kenamaan